NILAH TEMAN2 KAK LONG KAT SEKOLAH.YANG BERTUDUNG OREN TU GPK PAUN MAZNAH.CUTE ORANGNYA TAK LOKEK SENYUMAN.YANG JADI PENGAPIT KIRI KANAN DIA TU KERANI SEKOLAH,MADAM INDRAINI DAN PUAN IDA.SENYUM SAMBIL MAKAN MUFFIN KAK LONG.
Jumaat, 27 Februari 2009
ORDER LAGI DARI CIKGU ROSMINI
PAGI TADI BANGUN AWAL SIKIT DARI BIASA.NAK MASAK NASI LEMAK UNTUK CIKGU ROSMINI.ORDER UNTUK ANAK2 MURID DIA UNTUK MERAIKAN HARIJADI PELAJAR YANG SAMBUT ULANGTAHUN PADA BULAN JANUARI DAN FEBRUARI.BEGITU JUGA DENGAN MUFFIN COKLAT NI.COKLAT CIPSNYA TERTENGGEK MACAM TAHI LALAT SHARIFAH AINI...MASA DAH SEPARUH MASAK BARU PERASAN BELUM TABUR COKLAT CHIP..APALAGI TERUS TABUR JE...JADILAH MACAM TU RUPANYA.ANYWAY TERIMA KASIH YA CIKGU.LAIN KALI ORDER LAGI..
Khamis, 26 Februari 2009
AWARD DARI ZANA DAN LEEN
PAGI-PAGI DAH DAPAT REZEKI NI....PAGI JUMAAT MEMBAWA BERKAT.SENYUM SAMPAI TANG TELINGA NIE...SWEET KE KAK LONG?TAPI STRAWBERRY TU MEMANG LA KAK LONG SUKA BANGGETTTT.MASIH BERTATIH LAGI DALAM BIDANG MASAKAN DAH DAPAT TITLE SUPER CHEF.APA2 PUN JUTAAN TERIMAKASIH UNTUK ZANA DAN LEEN YANG SUDI MEMBERIKAN AWARD2 TU.KAK LONG AKAN JADI LEBIH SUPER...SUPERSTAR KOT....(BERANGAN NAK JADI CELEBRITI MCM CHEF ZAIDAH)TAPI
TAK BOLE MASUK TV..TAK MUAT...HE..HE....
Rabu, 25 Februari 2009
APAM SUSU
APAM SUSU NI KAK LONG BELAJAR DENGAN KAWAN YANG BERNIAGA MAKANAN.BAIK SUNGGUH KAWAN KAK LONG TU YANG TAK LOKEK ILMU MEMASAK .OK KITA TENGOK RESEPINYA.LAYANZZZ.
BAHAN2NYA
1/2 PAKET YIS MAURIPAN
1/2 CAWAN SUSU PEKAT
SEDIKIT GULA PASIR(KLU NAK MANIS LAGI)
AIR SECUKUPNYA(ANGGARAN 4 CAWAN)
SEMUA BAHAN DIATAS DI SATUKAN SELAMA BEBERAPA MINIT HINGGA BERBUIH.
2 CAWAN TEPUNG GANDUM
SECUBIT GARAM
KEMUDIAN MASUKKAN TEPUNG DAN GARAM KE DALAM AIR SUSU DAN YIS TADI.GAUL RATA DAN PASTIKAN TIDAK TERLALU PEKAT.AMBIL ANGGARAN 1/2 CAWAN ADUNAN INI UNTUK DICAMPURKAN DENGAN SERBUK KOKO.PERAP SEKEJAP ADUNAN INI.BILA NAIK SIKIT BOLEHLAH TUANG DALAM ACUAN ATAU LOYANG.TUANG SETENGAH ACUAN SAJA DAN TUANG SESUDU ADUNAN BERCOKLAT DI TENGAH2 SEBAGAI HIASAN DAN KUKUS SELAMA 15 - 20 MINIT.BILA DAH SEJUK KELUARKAN DARI ACUAN DAN DIMAKAN DENGAN KELAPA.
Selasa, 24 Februari 2009
BROWNIES
ALAHAI ANAK....KALAU BUKAN KERANA PUTERI BONGSU KAK LONG NI MALAS JUGA NAK MEMBUEK NYO.NAK BAWA BEKAL KE SEKOLAH AGAMA KATANYA.KAK LONG POTONG BESAR2 SIKIT BIAR CEPAT HABIS....GEBUS LE BADAN KU INI.RESEPINYA KAK LONG DAPAT KAT MYR.SO APA LAGI LAYANZZZZZ.
BAHAN2NYA
100 GM COKLAT MASAKAN
130 GM MENTEGA
(BAHAN2 NI MASAK SECARA DOUBLE BOILER)
150 GM GULA
4 BIJI TELUR
130 GM TEPUNG
SEDIKIT BAHAN PENAIK
50 GM BADAM/WALNUT DICINCANG
CARA MEMBUATNYA
PUKUL TELUR DENGAN GULA HINGGA KEMBANG.MASUKKAN TEPUNG DAN BAHAN2 LAIN DAN GAUL DENGAN WISK HINGGA RATA.TUANGKAN DALAM LOYANG DAN BAKAR SELAMA 40 MINIT DENGAN SUHU 180'.DAH MASAK KELUARKAN DARI OVEN TUNGGU DALAM 3 MINIT BARU POTONG.DAH SEJUK SIKIT TUANGKAN TOPPING COKLAT YG DIMASAK DENGAN SEDIKIT MENTEGA DAN SUSU MANIS.TABURKAN DENGAN COKLAT RICE DAN WALNUT.
Isnin, 23 Februari 2009
TEMPE GORENG TEPUNG
TEMPE GORENG TEPUNG NI KAK LONG BUAT ATAS PERMINTAAN HUBBY DAN ANAK2.SENANG JE BUATNYA.SO KITA TENGOK RESEPINYA.
BAHAN2NYA
TEMPE DIPOTONG IKUT SUKA
BAWANG GORENG
CILI MERAH DAN HIJAU 2 BATANG DIHIRIS HALUS
TELUR 1 BIJI
TEPUNG BERAS/GANDUM 1 CAWAN
JINTAN HALUS,KETUMBAR DIKISAR HALUS(2 SUDU ATAU LEBIH)
SANTAN PEKAT 1/2 CAWAN
GARAM SECUKUPNYA
DAUN KUNYIT DAN DAUN LIMAU PURUT DIHIRIS HALUS
PEWARNA KUNING
SATUKAN SEMUA BAHAN KECUALI TEMPE.PANASKAN MINYAK DAN CELUPKAN TEMPE KE ADUNAN TEPUNG TADI DAN GORENG HINGGA GARING.MAKAN PANAS2 DENGAN SAMBAL KICAP.CUBALAH....LAYANZZZZ.
Sabtu, 21 Februari 2009
KEK UNTUK MAK LONG
HARI SUKAN SEKOLAH FARAH
SABAR MENUNGGU DITENGAH PANAS
SEMALAM ADALAH HARI SUKAN SEKOLAH ANAK KAK LONG KE 6.DENGAN SEMANGAT YANG BERKOBAR2 FARAH DAH BERSEDIA AWAL PAGI LAGI.KAK LONG & HUBBY TURUT DATANG JADI PENYOKONG SETIA.SAMBIL MENYOKONG SAMBIL MAKAN DAN BERBORAK DENGAN KAWAN2.PIC ATAS TU KAK LONG DENGAN ADIK IPAR YANG KERJA KAT SAJ(ORANG AIR).
SEMALAM ADALAH HARI SUKAN SEKOLAH ANAK KAK LONG KE 6.DENGAN SEMANGAT YANG BERKOBAR2 FARAH DAH BERSEDIA AWAL PAGI LAGI.KAK LONG & HUBBY TURUT DATANG JADI PENYOKONG SETIA.SAMBIL MENYOKONG SAMBIL MAKAN DAN BERBORAK DENGAN KAWAN2.PIC ATAS TU KAK LONG DENGAN ADIK IPAR YANG KERJA KAT SAJ(ORANG AIR).
Khamis, 19 Februari 2009
PUDING SOS KASTARD
PUDING NI KAK LONG BUAT SEBAB NAK MEMBALAS PEMBERIAN JIRAN SEBELAH RUMAH.TAK BAIK SIMPAN PINGGAN ORANG LAMA2 SO CEPAT2 PULANGKAN.KEBETULAN PULA PUTERI BONGSU KAK LONG NAK BAWA BEKAL KE SEKOLAH AGAMA...SEMPAT JUGA TAPAWKAN.OK NAK CUBA KE.KITA LAYANZZ RESEPINYA...
BAHAN2NYA
1 CAWAN TEPUNG KASTARD
2 1/2 CAWAN AIR
1/2 CAWAN SUSU CAIR
5 SUDU GULA
SEMUA BAHAN DI ATAS NI DIMASAK HINGGA PEKAT DAN TUANGKAN DALAM ACUAN BIARKAN SEJUK.
UNTUK SOS KASTARDNYA
1 CAWAN SUSU CAIR
1 CAWAN AIR
1/2 CAWAN GULA
1/2 CAWAN TEPUNG KASTARD(KLU NAK CAIR KURANGKAN)
1/2 CAWAN JAGUNG KRIMER
SATUKAN SEMUA BAHAN DALAM PERIUK DAN GAUL RATA.MASAK DENGAN API YANG SEDERHANA HINGGA MENDIDIH.
UNTUK MENGHIDANG,POTONG PUDING YANG TELAH SEJUK KE DALAM MANGKUK.TUANGKAN SOS KASTARD ATASNYA DAN HIASKAN DENGAN BUAH2AN SEGAR ATAU COCKTAIL.ENAK DIMAKAN KETIKA SEJUK.HAI...TERINGAT EX BOYFRIEND YG SUKA MAKAN PUDING NI....JGN MARE ABANGKU SAYANG.
BANANA BANANA BREAD
RESEPI NI KAK LONG COPY DARI ZANA.MEMANG TERASA SANGAT KEPISANGANNYA(SEDAP SANGAT TU).MUDAH DISEDIAKAN.ANAK2 DAN HUBBY KATA SEDAP DAN SURUH BUAT LAGI.SEKALI NGADAP JE TERUS LICIN...TAK SEMPAT NAK SEJUK.SO APA LAGI JOM TENGOK RESEPINYA.LAYANZZZZ...
BAHAN2NYA
2 CAWAN TEPUNG GANDUM
1/2 CAWAN BUTTER(KL GUNA MINYAK JE)
3/4 CAWAN GULA PERANG(GULA BIASA 1/2 CWN)
2 BIJI TELUR A(TELUR C 3 BIJI)
2 1/2 CAWAN PISANG(IKUT SUKA)
1 SUDU BIKARBONAT SODA
SECUBIT GARAM
OATS UNTUK HIASAN
CARA2NYA
PUKUL BUTTER,GULA DAN TELUR.MASUKKAN BAHAN2 LAIN DAN GAUL RATA.TUANG DALAM LOYANG DAN TABURKAN OATS.BAKAR DENGAN SUHU 175' SELAMA 45-55 MINIT.
Selasa, 17 Februari 2009
TRIFFLES
MAAF LA PIC TRIFFLES NI TAK NAMPAK PENUH SEBAB NAK CEPAT.ADA TETAMU YANG NAK DATANG.BARU KELUAR DARI FREEZER TU.BILA DAH DATANG TETAMU KAK LONG TAK SEMPAT NAK AMBIL PIC MASA HIDANGKAN.MAKLUMLAH SIBUK BENAR.MANA NAK BUAT AIR NAK HIDANG LAGI,PAS TU NAK BERBUAL.TERUNA DAN DARA KAK LONG PEMALU SANGAT BILA ADA TETAMU.NAK TAKNAK KENALAH BUAT SORANG2.HUBBY PULA SIBUK BERBUAL DENGAN TETAMU LELAKINYA.
BAHAN2 TRIFFLES
SWISS ROLL SECUKUPNYA DIPOTONG BULAT2 DAN SUSUN DLM LOYANG
1 TIN FRUIT COCKTAIL(TAPIS AMBIL JUSNYA)
JUS COCKTAIL TADI DITUANG ATAS SWISS ROLL TAPI JGN HABISKAN JANJI RATA
BAHAN KASTARD
1/2 TIN SUSU CAIR
1/2 CAWAN AIR
1/2 CAWAN GULA(NAK KURANG OK JUGA)
MASAK SEMUA BAHAN DI ATAS HINGGA MENDIDIH SEDIKIT BARU CAMPURKAN 1/2 CAWAN TEPUNG KASTARD YG DIGAUL DENGAN 4 SUDU AIR.MATIKAN API DAN TUANGKAN ATAS SWISS ROLL TADI.BIARKAN SEJUK DAN TUANGKAN BUAH2AN COCKTAIL TADI.
1 PAKET JELLY DIMASAK MENGIKUT CARA2 DIPAKETNYA.TUANGKAN JELLY TADI KE ATAS LAPISAN BUAH COCKTAIL.BIARKAN SEJUK BARU MASUKKAN DALAM FREZZER SUPAYA SEJUK DAN LEBIH ENAK GITU.
PROJEK KEREPEK PISANG
SENYAP DUA TIGA HARI NI BUKANNYA APA,ADA PROJEK KEREPEK PISANG.KAWAN KAK LONG YANG NAMANYA KAK BED DENGAN MURAH HATINYA BAGI SETANDAN PISANG.MEMANDANGKAN PISANG TU MASIH MENTAH,KAK LONG RASA INILAH MASANYA NAK BUAT KEREPEK.1/2 HARI JUGA LA NAK KERJAKAN SORANG2.TUKANG TENGOK DENGAN TUKANG MAKAN RAMAI...TUKANG GORENG KITA JE.MUAI JUGA LA DENGAN HANYA 2 SISIR PISANG DAPAT LE 4 BALANG.SO LAYANZZZZZ.
Sabtu, 14 Februari 2009
SUKUN OH SUKUN
BUAH SUKUN NI PEMBERIAN KAWAN HUBBY.2 BIJI DAN GEDE2 GITU.ADA YG DAH MEREKAH SEBAB CUACA PANAS AGAKNYA.MAKA DENGAN BANTUAN HUBBY KAK LONG YG SUKA BENAR MAKAN SUKUN GORENG NI...SEMUA PROSES BERJALAN LANCAR.HUBBY KAK LONG TOLONG KUPAS KULIT,POTONGKAN LAGI SIAP GORENGKAN.KAK LONG CUMA BUATKAN ADUNAN TEPUNG NYA JE.ORANG LELAKI SESEKALI TURUN DAPUR,RINGAN SIKIT KERJA KITA.SO LAYANZZZZ.
KEK LAPIS PANDAN
INILAH HASILNYA DARI MENGIKUTI KELAS KEK AZIE SEMALAM.OLEH KERANA TIADA AHLI KELUARGA YG SAMBUT BESDAY,KAK LONG CUMA BUAT KEK NI.NI SEPARUH ADUNAN JE SO KECIL SIKIT.APA YG AZIE AJAR TU KITA KENA BUAT 3 LAYER TAPI KAK LONG TERLEBIH RAJIN SO BUAT 1 LAYER JE.OK JUGA TAPI FILLING PANDANNYA SIKIT SANGAT...KEDEKUT KATA ANAK KAK LONG.NI KAN FIRST TRY SO TAKUT2 SIKIT.NANTI KLU BUAT SEKALI LAGI..SIAP KAU...10 LAYER KAK LONG BUAT.SO JAMU MATA YA....LAYANZZZZZ.
JOM TENGOK KEK
KELAS KEK AZIE
HARI INI KAK LONG KE KELAS KEK AZIE YANG DAH LAMA SANGAT DIIDAMKAN.ALMAKLUM LAH,DENGAR CITE ORANGNYA BUKAN SAJA PRO BUAT KEK TAPI CANTIK DAN PERAMAH.NI BUKAN BODEK TAU,TAPI MEMANG BENAR DAN SAHIH LAGI.KAGUM BENAR DENGAN AZIE YG MUDA NI DAH BANYAK ILMU DITIMBA DAN DAH BERJAYA.SYABAS KAK LONG UCAPKAN.DAN SELAMAT BERKENALAN PADA KAWAN2 BARU SEPERTI RAFIDAH,FARHA,ZA DAN LAIN2.SEMOGA PERSAHABATAN INI BERKEKALAN.
Jumaat, 13 Februari 2009
JEJARI KELEDEK KAK LONG
MINUM PETANG NI KAK LONG CUMA BUAT MENU NI.RINGKAS DAN MUDAH DISEDIAKAN.PEKENA DENGAN KOPI O..PERGHHH......TERANGKAT YOU.APA LAGI JOM TENGOK RESEPINYA.
BAHAN2NYA
1/2 KILO KELEDEK DIPOTONG MEMANJANG
SECUBIT GARAM
1 SUDU GULA PASIR
1 SUDU AIR KAPUR
1 BIJI TELUR
1 SUDU PEWARNA KUNING
1/2 CAWAN TEPUNG GANDUM
AIR SECUKUPNYA
GAUL SEMUA BAHAN JADI SATU DAN PANASKAN MINYAK.GORENG SEPERTI BIASA HINGGA GARING.ANGKAT DAN TOSKAN MINYAK.TUNGGU SEJUK BARU MAKAN.BUAT KOPI UNTUK MENAMBAHKAN LAGI SYIOK..
Selasa, 10 Februari 2009
AWARDS DARI CIKGU ZANA
HIP..HIP....HORRAY....DAPAT AWARDS DARI ZANA.BLOG KL MASIH BABY LAGI DAH DAPAT BANYAK AWARD...RASA2NYA NI LA YG PALING BANYAK SEKALIGUS KL DAPAT.SATU TRELLER KENA ANGKUT NIE.APA2 PU TIMA KASIH YA CIKGU ZANA.MUAH..MUAH..I LAP U...HE..HE..NAK KENA RAJIN2 LAGI NI BARU DAPAT BANYAK LAGI.........LIHATLAH DUNIA(BAGAI AZEAN)..
CUCU KAK LONG
WAJAH KL YG BARU SAMPAI KL D SAMBUT CUCU YG
COMEL
DAH HILANG PENAT BALIK DARI KL,KINI BARULAH ADA MASA NAK TAG PIC KAMI SEKELUARGA.MALAM MINGGU LALU SEMPAT JUGA KAK LONG SINGGAH KE DANAU KOTA.PENAT GILER SAMPAI KAKI MELECET.PUNYALAH RAMAI MANUSIA KAT SANA.KUALA LUMPUR SENTIASA HIDUP WALAU DAH 3 PAGI.KAT KL,KAK LONG STAY KAT KONDO ANAKSEDARA KAK LONG KAT KEPONG.SO KAK LONG NAK KENALKAN CUCU KAK LONG YANG TERSAYANG.MOHD.DANISH ELFIE NAMANYA.COMELKAN.
COMEL
DAH HILANG PENAT BALIK DARI KL,KINI BARULAH ADA MASA NAK TAG PIC KAMI SEKELUARGA.MALAM MINGGU LALU SEMPAT JUGA KAK LONG SINGGAH KE DANAU KOTA.PENAT GILER SAMPAI KAKI MELECET.PUNYALAH RAMAI MANUSIA KAT SANA.KUALA LUMPUR SENTIASA HIDUP WALAU DAH 3 PAGI.KAT KL,KAK LONG STAY KAT KONDO ANAKSEDARA KAK LONG KAT KEPONG.SO KAK LONG NAK KENALKAN CUCU KAK LONG YANG TERSAYANG.MOHD.DANISH ELFIE NAMANYA.COMELKAN.
Isnin, 9 Februari 2009
MUFFIN UNTUK ORANG KL
KAK LONG DAN AHLI KELUARGA SERAMAI 12 ORANG PERGI KE KL PADA HARI SABTU LEPAS.TUJUAN KAMI SEBENARNYA NAK ZIARAH SEPUPU KAK LONG YANG TINGGAL KAT SETIAWANGSA.KAK SALMI YANG MENJALANI PEMBEDAHAN AKIBAT KEMALANGAN JALAN RAYA.KERANA KECUAIAN ORANG LAIN,SEPUPU KAK LONG MENJADI MANGSANYA.GERAM BETUL BILA DENGAR CITE KAK SALMI.ORANG YANG LANGGAR TU MEMANG SALAH SEBAB MEMASUKI LALUAN YG SALAH.BUTA AGAKNYA TU.PAS TU LEPAS TANGAN.SAKIT HATI BETUL.TAKPE...TUHAN MAHA ADIL.APA YANG KAK LONG BAWAKAN IALAH MUFFIN UNTUK MEREKA SEKELUARGA.SEMOGA KAK SALMI CEPAT SEMBUH.INSYALLAH...
Jumaat, 6 Februari 2009
SALADA AYAM KAK LONG
RUPA AYAM BAKAR YG SEBENAR
SALADA AYAM DAH SIAP
SALADA AYAM DAH SIAP
BAHAN2NYA
AYAM SECUKUPNYA(1/2 EKOR)
REMPAH BLACK PEPPER MAGGIE
BAWANG PUTIH 3 BIJI(DI KISAR HALUS)
HALIS JUGA DIKISAR HALUS
PERAP AYAM DENGAN BAHAN2 DI ATAS DAN BUNGKUS DENGAN ALUMINIUM FOIL.BAKAR SELAMA 30-40 MINIT.BILA DAH MASAK TUNGGU SEJUK BARU DIPOTONG KECIL2 .SIAPKAN BAHAN 2 SEPERTI DAUN SALAD,TIMUN DAN TOMATO ATAS PINGGAN.SUSUN SEMUA SAYURAN DAN ISI AYAM DAN JANGAN LUPA TUANGKAN SOS BBQ BLACK PEPPER ATASNYA.HIDANGKAN.
MENU MAKAN TENGAHARI KAK LONG
DAH SIAP UNTUK DIMAKAN
CARA MEMBUNGKUS
SATU BUNGKUS ADA 3 EKOR JE
CARA MEMBUNGKUS
SATU BUNGKUS ADA 3 EKOR JE
PAIS IKAN KAK LONG
BAHAN2NYA
IKAN SELAR KUNING 4-8 EKOR(IKUT SUKA)
DAUN PISANG
ALMUNIUM FOIL
BAHAN2 KISAR
CILI KERING 100GM
BAWANG BESAR 2 BIJI
BAWANG PUTIH 4 BIJI
SEDIKIT BELACAN
SEDIKIT HALIA
SEDIKIT KUNYIT HIDUP
SEDIKIT SERAI
GARAM.AIR LIMAU KASTURI 3 SUDU DAN 1 SUDU GULA.
CARA2NYA
SEMUA BAHAN KISAR DICAMPURKAN DENGAN GARAM,JUS LIMAU DAN GULA.GAUL RATA.
SUSUN IKAN ATAS DAUN PISANG YANG JUGA DIALASKAN ALUMINIUM FOIL.IKUT SUKA NAK LETAK BRAPA EKOR TAPI JANGAN BANYAK SANGAT TAKUT BERAT.
TUANGKAN BAHAN TADI KE ATAS IKAN DAN BUNGKUS RAPI.BAKAR DALAM OVEN SELAMA 25-30 MINIT.
Khamis, 5 Februari 2009
KUEW TEOW SUP BEIJING
SEBENARNYA KAK LONG BARU JE BAKAR MUFFIN PISANG UNTUK ESOK.KAWAN LAMA ORDER NAK BAGI KAT KAWAN SATU OFFICE DIA.SAJA SUKA2 ORDER NAK BELANJA KAWAN MAKAN LA TU.THANKS YA FAUZIAH(GEE).LAIN KALI ORDER LAGI.KERANA DARI ITU KAK LONG CUMA SIAPKAN MENU MAKAN MALAM YANG RINGKAS JE.NAK TAU RESEPINYA..LAYANZZZ...
BAHAN2
DAGING KISAR 300 GM(LEBIH PUN OK)
BAWANG PUTIH 3 BUTIR DI KISAR/CINCANG HALUS
HALIA SEBESAR IBU JARI DI KISAR JUGA
GARAM DAN SERBUK LADA SULAH SECUKUPNYA
DAUN SUP DIPOTONG HALUS
SEMUA BAHAN DI ATAS DISATUKAN DAN DIKEPAL BULAT2.
KENTANG 2 BIJI DIPOTONG DADU
LOBAK MERAH 1 BATANG JUGA DIPTG DADU
DAUN SADERI/CELERY DIPOTONG SERONG
KIUB AYAM/DAGING
BAWANG GORENG DAN KUEW TEOW(MEE LAIN PUN BOLEH)
CARA2NYA
MASUKKAN KENTANG,LOBAK MERAH DAN DAGING YANG DIBULATKAN TADI KE DALAM PERIUK BERISI AIR.EMPUKKAN SEMUA BAHAN TADI BARU MASUKKAN BAHAN2 LAIN SEPERTI DAUN SADERI/CELERY,KIUB AYAM/DAGING.KALAU NAK TAMBAH UDANG,BEBOLA SOTONG KE BOLEH JUGA.IKUT SELERA.KAK LONG TAMBAHKAN SEDIKIT REMPAH SUP AGAR WARNANYA NAMPAK CANTIK SIKIT.PADA RESEPI SEBENARNYA TAK GUNA GARAM SEBAB NAK MAKAN DENGAN KICAP CAIR YANG DICAMPURKAN DENGAN CILI PADI.TAPI KITA ORANG MELAYU TAK MISS GUNA GARAM.
UNTUK SAMBAL KICAPNYA.CUMA POTONG CILI PADI KECIL2 DAN CAMPURKAN KICAP MANIS/CAIR.SELAMAT MENCUBA YA.
Selasa, 3 Februari 2009
PESANAN UNTUK ZANA,INTAN,KAKYONG,ILA,SL,LINDA KAHAR DLL
SILA AMBIK AWARD TIGA BERANGKAI NI....SEMOGA PERSAHABATAN SEMAKIN ERAT,SEMAKIN CERIA WALAU JAUH DARI PANDANGAN MATA TETAPI SENTIASA DEKAT DI HATI.
AWARD DARI SITI BATRISYA DELIGHT
SERONOK RASANYA DAPAT AWARD YANG BANYAK2 NI.MENJADIKAN KAK LONG SEMAKIN BERSEMANGAT UNTUK TERUS BERUSAHA DAN TINGKATKAN LAGI KEMAHIRAN MEMASAK BUKAN SAJA UNTUK DIRI SENDIRI TAPI BERKONGSI DENGAN KAWAN2.TIMA KASIH SITI PAYUNG....DAUN KELADI,ADA AWARD LAGI,JGN LUPA KONGSI....HE..HE...SIAP MINTAK YOU..
Langgan:
Catatan (Atom)