Ahad, 28 Disember 2008

ROTI BAWEAN KAK LONG



MINGGU YANG PALING SIBUK BUKAN SAJA BAGI KL,TAPI SEMUA SURI RUMAH.PERSIAPAN MEMBELI PERALATAN DAN KEPERLUAN ANAK-ANAK SEBELUM MEMULAKAN PERSEKOLAHAN ADALAH AKTIVITI WAJIB SETIAP HUJUNG TAHUN.TUGASAN KL LEBIH BERGANDA KERANA SIBUK MENGEMAS RUMAH....BUKAN NAK RAYA CINA...TAPI NAK PINDAH RUMAH.PROSES PENGUBAHSUAIAN DAH 30% .BANYAK YG PERLU DILAKUKAN...SO LAKUKAN KERJA MENGEMAS SIKIT DEMI SEDIKIT SUPAYA TAK PENAT.MAKA MENU MAKANAN PUN YANG RINGKAS JE.KL TERINGIN NAK MAKAN ROTI BAWEAN,BAHAN-BAHAN PUN DAH ADA..APA LAGI PROJEK ONN.NAK CUBA KE..KL SEDIAKAN RESEPINYA.
BAHAN-BAHANNYA
UNTUK ROTINYA
1/2 KILO TEPUNG GANDUM
1/2 CAWAN MARJERIN CAIR
2 SUDU MINYAK SAPI CAIR
2 SUDU GARAM
AIR SECUKUPNYA
SEMUA BAHAN DI SATUKAN DAN ULI HINGGA LEMBUT.BUAT BEBOLA SEBESAR GENGGAMAN TANGAN DAN GILING NIPIS KEMUDIAN TABURKAN SEDIKIT TEPUNG ATAS PINGGAN MAKAN DAN LETAKKAN DOH YG DI GILING TADI.LETAKKAN INTI KENTANG KEMUDIAN TUTUPKAN DGN SATU LAGI LAPISAN TEPUNG YG DIGILING.TEKAN DENGAN GARPU DI SEKELILING DOH.KELUARKAN PERLAHAN-LAHAN DARI PINGGAN DAN GORENG DGN SEDIKIT MINYAK .GUNAKAN API YG SEDERHANA.BILA AGAK KEKUNINGAN BALIKKAN BHGN SEBELAH DAN GORENG HINGGA MASAK.
UNTUK INTINYA
4 BIJI KENTANG(KUPAS KULIT) DI REBUS DAN DI LENYEK
3 BIJI TELUR
1 BIJI BAWANG BESAR DI PTG DADU
1 BTG CILI MERAH DI PTG KECIL
1 BTG CILI HIJAU DI PTG KECIL
DAUN SOP & DAUN BWNG DIHIRIS HALUS
1/2 KIUB PATI IKAN BILIS
1 SUDU LADA SULAH(OPTION)
SEMUA BAHAN DI SATUKAN DAN DI JADIKAN INTI ROTI...KALAU SUKA PEDAS MASUKKAN CILI PADI PUN BOLEH.KL TAK GUNA GARAM SEBAB PATI IKAN BILIS TU DAH MASIN.TAPI KALAU NAK LETAK GARAM IKUT SUKA....KL ANTI MASIN.
BILA DAH SIAP MAKA DIPOTONG DAN BOLEH DIMAKAN DENGAN CILI SOS.