Jumaat, 9 Januari 2009

SARAPAN KAK LONG



PAGI NI,KAK LONG BANGUN LEBIH AWAL DARI BIASA SEBAB NAK SIAPKAN SARAPAN.MALAM TADI DAH MASAK SAMBAL UDANG.PAGI PULAK MASAK NASI LEMAK DAN CUCUR CAPATI.PUTERI BONGSU KL ADA KOKO KAT SEKOLAH.DAN KEBETULAN PULA HUBBY KENA GI RUMAH KAMI YANG AKAN MEMULAKAN RENOVASI PERINGKAT KE DUA.TUKANG RUMAH JANJI DTG KUL 8 PAGI.JADI PADA SESAPA YG NAK TAU MACAMNE NAK BUAT CUCUR CAPATI NI...TERAI LE YE.

CUCUR CAPATI.
BAHAN-BAHANNYA
3 CAWAN TEPUNG ATTA
2 CAWAN AIR
SECUBIT GARAM
1 BIJI TELUR
ISI UDANG,ISI KETAM(TERPULANG PADA CITARASA)
1 SUDU KECIL BAKING POWDER
1/2 CAWAN SAYUR CAMPUR
CILI MERAH DIHIRIS HALUS

CARA-CARANYA
SATUKAN SEMUA BAHAN DAN GAUL RATA.PASTIKAN ADUNAN TIDAK TERLALU CAIR
DAN TAK TERLALU PEKAT.YANG SEDANG2 SAJA YA.PAS TU SENDUKKAN SEDIKIT KE DALAM MINYAK YANG PANAS.BALIK2 KAN DAN GORENG DENGAN API YG SEDERHANA.

MINUM PETANG

TIBA-TIBA TERASA NAK MAKAN PAU SEBAB DAH LAMA TAK BUAT...MASA BELI MINGGU LEPAS KAT PASAR MALAM,ALAMAK! BILA DAH SEJUK KULITNYA KERAS INTINYA JGN CAKAP SECIPUT JE.BUAT LE LAGI SENANG DAN MUAI.SEKILO TEPUNG BOLEH DAPAT 40 BIJI TAU.BANYAK TU..KL BUAT PAU NI SAMA MCM KAT MAURIPAN TU.3 BIJI KL LETAK INTI JEM ROSELLE SEBAB NAK CUBA KELAINAN.OK GAK..APA-APA SAJA LA.

BAHAN-BAHAN

1 KILO TEPUNG GANDUM

11 GM YIS MAURIPAN

150 GM GULA PASIR

1OO GM MINYAK JAGUNG/MASAK

460 GM AIR

SECUBIT GARAM

CARA-CARANYA

LARUTKAN GULA DLM AIR.SATUKAN TEPUNG DENGAN YIS DAN GAUL RATA.BARU MASUKKAN AIR + GULA,MINYAK,GARAM.ULI HINGGA LICIN DAN KENYAL.KALAU NAK ELAK TEPUNG DARI MELEKAT KAT TANGAN,SAPUKAN SEDIKIT MINYAK.BULAT-BULATKAN DOH TADI MENJADI BEBOLA SEBERAT 30 GM SETIAP SATU.BIARKAN SELAMA 10 MINIT BARU ISIKAN INTI.ALASKAN PAU TADI DGN KERTAS KALIS GRIS ATAU DAUN PISANG.BIARKAN DOH TADI SELAMA 30 MINIT BARU KUKUS DENGAN API YG KUAT SELAMA 10 MINIT.