Khamis, 5 Februari 2009

KUEW TEOW SUP BEIJING


SEBENARNYA KAK LONG BARU JE BAKAR MUFFIN PISANG UNTUK ESOK.KAWAN LAMA ORDER NAK BAGI KAT KAWAN SATU OFFICE DIA.SAJA SUKA2 ORDER NAK BELANJA KAWAN MAKAN LA TU.THANKS YA FAUZIAH(GEE).LAIN KALI ORDER LAGI.KERANA DARI ITU KAK LONG CUMA SIAPKAN MENU MAKAN MALAM YANG RINGKAS JE.NAK TAU RESEPINYA..LAYANZZZ...

BAHAN2
DAGING KISAR 300 GM(LEBIH PUN OK)
BAWANG PUTIH 3 BUTIR DI KISAR/CINCANG HALUS
HALIA SEBESAR IBU JARI DI KISAR JUGA
GARAM DAN SERBUK LADA SULAH SECUKUPNYA
DAUN SUP DIPOTONG HALUS

SEMUA BAHAN DI ATAS DISATUKAN DAN DIKEPAL BULAT2.

KENTANG 2 BIJI DIPOTONG DADU
LOBAK MERAH 1 BATANG JUGA DIPTG DADU
DAUN SADERI/CELERY DIPOTONG SERONG
KIUB AYAM/DAGING
BAWANG GORENG DAN KUEW TEOW(MEE LAIN PUN BOLEH)

CARA2NYA
MASUKKAN KENTANG,LOBAK MERAH DAN DAGING YANG DIBULATKAN TADI KE DALAM PERIUK BERISI AIR.EMPUKKAN SEMUA BAHAN TADI BARU MASUKKAN BAHAN2 LAIN SEPERTI DAUN SADERI/CELERY,KIUB AYAM/DAGING.KALAU NAK TAMBAH UDANG,BEBOLA SOTONG KE BOLEH JUGA.IKUT SELERA.KAK LONG TAMBAHKAN SEDIKIT REMPAH SUP AGAR WARNANYA NAMPAK CANTIK SIKIT.PADA RESEPI SEBENARNYA TAK GUNA GARAM SEBAB NAK MAKAN DENGAN KICAP CAIR YANG DICAMPURKAN DENGAN CILI PADI.TAPI KITA ORANG MELAYU TAK MISS GUNA GARAM.
UNTUK SAMBAL KICAPNYA.CUMA POTONG CILI PADI KECIL2 DAN CAMPURKAN KICAP MANIS/CAIR.SELAMAT MENCUBA YA.