Khamis, 27 November 2008

TALAM BERLAUK

Oleh kerana di landa angin rajin maka terhasillah talam berlauk ini yang menggunakan acuan yg baru KL beli di tesco tebrau.beli sampai 3 loyang acuan.semangat le sebab nak gi blajar buat cup cake nanti.ada rezeki nanti nak beli lagi.ni KL bagi resepinya yea..
TALAM BERLAUK
2 cwn tepung gandum
2 cwn santan
2 biji telur
1/2 sudu pewarna kuning
1 kiub pati ayam/ikan bilis
(semua bhn atas ni di gaul rata)
1/2 cwn daging cincang
1 biji bwg besar d potong dadu
1 sudu kecil rempah kari
(bhn di atas ni di masak dulu)
daun sup,daun bwg
bwg goreng dan cili merah

CARA BUAT
bahan tepung yang di satukan tadi di masukkan dlm acuan.taburkan dengan daging cincang tadi
dan juga bahan-bahan yang lain.bakar 20 minit dgn suhu 180.'c.Kak Long x guna garam sebab kiub pati ayam tu dah masin.

MINUM PETANG

Muffin Strawberry ni KL ikut dari resepi Zana.saje je nak buat.tapi Zana guna coffee paste cuma KL x de dlm simpanan.yang ada strawberry paste.kalau nak try ni ada resepinya.
MUFFIN STRAWBERRY
220 gm tpg naik sendiri
1/2 cwn minyak
3/4 cwn susu cair
3/4 cwn gula castor
1 biji telur
1 sudu strawberry paste
100 gm parutan strawberry kering
CARA BUAT
Campurkan semua bahan dan gaul rata.masukkan dlm cawan kertas dan bakar 15 minit dgn suhu 180'c.

15November 2008.Kak Long dan hubby hantar Farah ke Perpustakaan Sultan Ismail sebab ada kem rekreasi bahasa inggeris.nak pegi sangat dari dulu tapi selalu ada kelas tambahan ari sabtu.ni dah cuti sekolah baru boleh pegi.ceria Farah lepas dapat sijil.berspeaking je sepanjang hari sbb mentor dia suruh untuk memahirkan pertuturan.kalau ada peluang lagi,Farah nak gi lagi.excited betul anak dara KL ni.