Isnin, 27 Julai 2009

KEK PISANG


KEK PISANG NI KAK LONG BUAT MENGIKUT RESEPI DARI BUKU MASAKAN BAKE WITH YEN.MEMANG GEBUS DAN SEDAP.CARA2 PENYEDIAANNYA JUGA MUDAH.KLU ADA YANG BERMINAT NAK ORDER BOLEH JUGA TAPI KAK LONG TAK LOKEK BAGI RESEPINYA JUGA...KLU NAK CUBA BOLEH LA SALIN RESEPI K....LAYANZZZZ
BAHAN2NYA
200 GM PISANG EMAS DILENYEK DULU
150 GM GULA KASTOR
4 BIJI TELUR GRED B (KLU C GUNA 5 BIJI)
10 GM OVALLATE
230 GM TEPUNG GANDUM
3 GM BAKING SODA
2 GM BAKING POWDER
125 ML SUSU SEGAR
100 ML MINYAK
SECUBIT GARAM
1 SUDU ESEN VANILLA
CARA2NYA
SATUKAN SEMUA BAHAN KECUALI PISANG,MINYAK DAN ESEN VANILLA.
PUKUL HINGGA KEMBANG DAN GEBU.
KEMUDIAN MASUKKAN PISANG LENYEK DAN ESEN VANILLA.
MATIKAN MIXER DAN TUANGKAN MINYAK SERTA GAULKAN SECARA MANUAL DENGAN GUNAKAN SPATULA.KAUP BALIKKAN ADUNAN HINGGA RATA.
BAKAR DALAM OVEN SELAMA 35 MINIT DENGAN SUHU 180-200 ' C.
KAK LONG GUNAKAN LOYANG 9X9.SENANGKAN....

Ahad, 26 Julai 2009

COCONUT BLOSOM




REPEAT ORDER OLEH PUAN DILLA UNTUK IBU MERTUANYA YANG MENGADAKAN MAJLIS YASSIN.UNTUNGNYA DAPAT MENANTU MCM DILLA....
YANG HIJAU TU INTINYA KELAPA DAN YANG PINK INTI KACANG MERAH.APA2 PUN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN DILLA PADA KAK LONG.
DAN 4 LOYANG KAT ATAS TU ORDER OLEH PUAN NOR,WATIE DAN PUAN INA.JUGA PADA HARI YANG SAMA....THANKS LA GENG KERANA SENTIASA MEMBERI SEMANGAT KAT KAK LONG NI...LAYANZZZZ

Rabu, 22 Julai 2009

ORDER LAGI

KARIPAP PUSAR/LAPIS/PUSING
KEK BESDAY NATASYA
ALHAMDULILLAH..............MINGGU NI PENUH DENGAN ORDER.ANTARANYA KEK BESDAY DAN KARIPAP PUSAR UNTUK ADIK NATASYA.TERIMA KASIH BANYAK YA PADA UMMI MASNI YANG SUDI ORDER DARI KAK LONG....SEMOGA AKAN TERUS MENGORDER YA.....LAYANZZZZ.

;;;;;HAPPY BIRTHDAY ADIK NATASYA......RAJIN2 BELAJAR YA...

CUP CAKES IN PINK



CUP CAKES NI UNTUK ADIK NUR ALEYAH SEMPENA ULANGTAHUN KE 5.ORDER SEBANYAK 52 BIJI UNTUK DIAGIH2KAN KEPADA KAWAN2NYA KAT SEKOLAH TADIKA.TERIMA KASIH BANYAK PADA MASNI YANG SUDI ORDER CC KAK LONG.


;;;;PERASAN TAK BUNGA MAWAR YANG TERSELIT TU.....TERINGAT KAT KAK CT HAMIMAH LA......

KEK BESDAY FRESH CREAM


KEK INI DIORDER OLEH KAK MIS UNTUK KAKAKNYA YANG DATANG DARI SINGAPURA.NAK SAMBUT BESDAY DI JAY BEE KATANYA.NAK KEK YANG BESAR SEBAB RAMAI YANG DATANG....TAK SILAP ULANGTAHUN KAKAKNYA YANG KE 63 TAHUN....SELAMAT ULANGTAHUN PUAN RAWIYAH YA.SEMOGA SENTIASA SIHAT DAN CERIA SELALU.THANKS KAK MIS,JANGAN LUPA ORDER LAGI YA..HE..HE

Ahad, 19 Julai 2009

ROTI KACANG MERAH

ROTI KACANG MERAH NI KAK LONG BUAT DAH LAMA TAPI BARU LA NI NAK EN3..BUSY LA...APA2PUN KALAU NAK MENCUBA BOLEHLAH SALIN RESEPI YA..

BAHAN2

480 GM TEPUNG ROTI

120 GM TEPING GANDUM

110 GM GULA HALUS

10 GM GARAM

20 GM TEPUNG SUSU/COFFEE MATE

1/2 PAKET MAURIPAN

1 SUDU BREAD IMPROVER

1 BIJI TELUR

300 ML AIR

60 GM SHORTENING/MENTEGA CAIR

PES KACANG MERAH DAN BIJAN.

CARA2NYA

SATUKAN SEMUA BAHAN KECUALI SHORTENING.GAUL DENGAN MIXER DAN GUNAKAN HOOK UNTUK DOH ROTI.GAUL SELAMA 3 MINIT BATULAH MASUKKAN SHORTENING.GAUL SEBATI SELAMA 10 MINIT(GUNAKAN TANGAN LAGI BEST).REHATKAN DOH SELAMA 10 MINIT DENGAN TUTUPKAN GUNAKAN KAIN BASAH ATAU PLASTIK.BULAT2KAN DOH SEBERAT 60 GM SETIAP SATU DAN MASUKKAN INTI KACANG MERAH.REHATKAN LAGI HINGGA NAIK SEDIKIT DAN SAPUKAN ROTI DENGAN MENTEGA CAIR DAN TABURKAN BIJAN.BAKAR SELAMA 10 -15 MINIT PADA SUHU 180' C.

Selasa, 14 Julai 2009

ARAH KIBLAT

JANGAN LUPA PADA PETANG ESOK (16.7.2009) PADA PUKUL 5.28 PETANG ADALAH WAKTU UNTUK MENENTUKAN ARAH KIBLAT YANG TEPAT DAN BETUL.GUNAKANLAH SEBATANG KAYU UNTUK MENGETAHUI BAYANG2 YANG AKAN MENUNJUKKAN ARAH KIBLAT YANG BETUL.JANGAN LALAIKAN ATAU ABAIKAN TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI SEORANG ISLAM TENTANG HAL INI.SAMPAI2KAN PADA TEMAN2 YA..INSYALLAH,SEMOGA KITA MENDAPAT KEBERKATANNYA.

Ahad, 12 Julai 2009

KEK KUKUS BUAH,BROWNIES DAN STEAM COCONUT BLOSSOM





SEPERTI BIASA KAK LONG PAPARKAN GAMBAR2 PRODUK YANG KAK LONG JUAL DAN DI ORDER OLEH PELANGGAN KAK LONG.MINGGU YANG SIBUK DENGAN AKTIVITI MEMBAKING....SO TAK SEMPAT N3 RESEPI DAN MENU UNTUK TATAPAN BLOGGERS.INSYALLAH JIKA ADA KESEMPATAN AKAN KAK LONG USAHAKAN YA...LAYANZZZZ

Sabtu, 11 Julai 2009

ORDER LAGI



ORDER OLEH PUAN NOR UNTUK DIBAWA KE NUSAJAYA.....SANDWICH SARDIN,ROTI SOSEJ DAN KARIPAP PUSAR.TERIMA KASIH BANYAK YA NOR..LAIN KALI ORDER LAGI YA...

Isnin, 6 Julai 2009

BISKUT RAYA 2009

BISKUT LIDAH KUCING(VANILLA/COKLAT)
TART GULUNG DAN TART BLUBERRY


MARMAR FANCY CHOCOLATE SLICE.

MARI.....MARI....TENGOK BISKUT RAYA TAHUN INI................PRODUK KELUARAN KAK LONG.ADA LIDAH KUCING,BISKUT YANG ENAK DAN UNIK...CUBALAH.........ASALNYA DARI SURABAYA,INDONESIA KINI DI JOHOR BAHRU.ADA DUA PERISA VANILLA DAN COKLAT.
TART GULUNG,TART BLUBERRY DAN BISKUT MARMAR PUN KAK LONG JUAL.JIKA BERMINAT HUBUNGI KAK LONG YA....NAK JADI AGEN AMAT DIALU-ALUKAN.HARGA BAIK PUNYA....LAYANZZZZZZ

Jumaat, 3 Julai 2009

KELAS BISKUT RAYA DENGAN CT

MENUNJUKKAN KEMAHIRAN KAT LIN
PADA RABU LEPAS (1HB JULAI 2009)KAK LONG BERGURU DENGAN CIKGU SITI HAMIMAH ATAU NAMA GLAMORNYA CT(FOR CHEESE TART).BANYAK JENIS BISKUT YANG KAK LONG BELAJAR.BEGITU JUGA TEKNIK2 YANG BETUL UNTUK MENGHASILKAN BISKUT YANG BERMUTU DAN SEDAP.
TERHARU JUGA SEBAB CT BEGITU IKHLAS MEMBERI TUNJUK AJAR,WALAUPUN TTG TEKNIK MENGHASILKAN ROSE YG TIDAK TERMASUK DLM LIST KELAS.TAK LOKEK ILMU DAN SENTIASA SABAR DENGAN KARENAH PARA PELAJARNYA.
SEMOGA TUHAN SAJA DAPAT MEMBALAS SEGALA KEBAIKKAN MU WAHAI CIKGU CT.
MOHON MAAF SEBAB COPY GAMBAR NI DARI BLOG CT,KAK LONG TERLALU LEKA BELAJAR HINGGA LUPA NAK SNAP GAMBAR.
SEMOGA BERJUMPA LAGI YA.....

PUDING MARBLE CINTAKU



PUDING MARBLE NI KAK LONG BUAT PADA MINGGU LEPAS..SAJA JE NAK TRY RESEPI NI..DARI ANAZRA.BLOGSPOT.COM.
KALAU NAK CUBA..BOLEH JE COPY KAT BLOG DIA..KAK LONG TENGAH BUSY NI..MAKLUMLAH ADA ORDER...SORIIII..

AWARD DARI ZANA




DAPAT AWARDS NI DARI CIKGU ZANA PADA MINGGU LEPAS....SORI LA ZANA SEBAB LEWAT ENTRY.TERIMA KASIH BANYAK YA CIKGU...TAPI KAK LONG KENA TAG SEKALI.BILA FIKIR2 DAH RAMAI YG KENA TAG DAN DAPAT AWARD NI..SO TAK YAH LAH NAK TAG SAPA2...PADA SESIAPA YG BELUM DAPAT AWARD NI SILA AMBIL YA..KAK LONG HALALKAN...

Rabu, 1 Julai 2009

MINUM PETANG

ROTI KACANG MERAH
ROTI KEJU DAN ROTI SOSEJ

ROTI NI KAK LONG BUAT MINUM PETANG UNTUK MINGGU LEPAS TAPI BARU JE NAK ENTRY ARI NI...SAJA JE BUAT BESAR2 SEBAB MALAS NAK BUAT BANYAK2.....LAYANZZ JE