HARI NI KAK LONG MASAK RINGKAS JE SEBAB BANYAK HAL YANG NAK DIBUAT.MASAK SUP AYAM,SAMBAL BELACAN THAI DAN AYAM MASAK KUNYIT.DALAM KEPENATAN TU ADA PULA YANG MINTA BUATKAN MINI KEK UNTUK BEKALAN KE SEKOLAH.SIAPA LAGI KALAU SI PUTERI BONGSU KAK LONG.ADA AKTIVITI MEMBERSIHKAN KELAS.BUATKAN LAH 20 BIJI.RESEPI AYAM MASAK KUNYIT NI TAK BANYAK GUNAKAN BAHAN.CUBALAH YA..
BAHAN-BAHANNYA
DAGING AYAM DIPOTONG KECIL(PERAP DGN KUNYIT,GARAM DAN GORENG)
1 BIJI BAWANG BESAR DAN BAWANG PUTIH(POTONG BULAT)
1 BTG LADA MERAH,HIJAU(POTONG MENYERONG)
1 BATANG LOBAK MERAH(PTG MEMANJANG)
4 BATANG KCG PANJANG(PTG PANJANG)
1 PAKET SWEET PEAS
GARAM,SOS TIRAM
CARA-CARANYA.
PANASKAN MINYAK DLM 3 SUDU.MASUKKAN LOBAK MERAH,KACANG PANJANG,KACANG PEAS.BILA DAH SETENGAH MASAK BARU MASUKKAN BAWANG PUTIH DAN BAWANG BESAR.DAN JUGA LADA MERAH,LADA HIJAU,AYAM YANG DAH DIGORENG TADI SERTA GARAM DAN SOS TIRAM.HIDANGKAN.