Selasa, 27 Januari 2009

HARI KELUARGA D'PUNGGAI BAYU INDAH RESORT

INILAH FAMILY KAK LONG
POSING YANG TEROVER


TEMPAT PENGINAPAN KAMI SEMUA

ACARA PANJAT POKOK

DAH LAMA BENAR NAK BUAT HARI KELUARGA NI,TAPI MASING2 SIBUK JE.SO RAYA CINA NI SEMUA CUTI APA LAGI..JOM JALAN2.SEMUA NI DI ATUR OLEH ADIK DAN IPAR KAK LONG.BOY DAN AIN PANDAI CARI TEMPAT YANG JAUH DARI KEBISINGAN KOTA.AMAN JE KAT SINI DENGAN SUASANA KAMPUNG YANG ORI..ADA LEMBU DAN TAHI2NYA SEKALI KAT SANA SINI...TAPI KAT CHALET KITAORG BERSIH DAN SEGAR UDARANYA.KALAU MLM RAYA CINA KAT BANDAR MESTI BISING DGN MERCUN SEBAB TU KAK LONG NAK LARI DARI SEMUA TU.SERONOK SANGAT KITA KAT SANA..SEBAB PENDUDUKNYA RAMAH TAMAH....INSYALLAH JIKA ADA MASA LAGI AKAN KAMI DATANG LAGI...NAK BUAT BISNESS KOT...BUKA CHALET..HE..HE BERANGAN JE TU.

MANDI MANDA

RIANG RIA DI SWIMMING POOL

KAUM IBU HANYA JADI PEMERHATI/LIFEGUARD

ACARA PANTAI

MAIN AIR KAT TEPI PANTAI JE
ACARA MAIN PASIR PANTAI

BILA NAMANYA BERKELAH TAK SAH KALAU TAK MANDI LAUT DAN MAIN PASIR.MASING2 LUPA DIRI BILA DAH SAMPAI SINI...MAIN PASIR TU...BUAT ISTANA LA DAN MACAM2 LAGI.KAMI JUGA MAIN SUKAN PANTAI DAN TEAM KAK LONG JADI JUARA KALI NI.

OSTRICH FARM

MUMMY N DADDY FEEDING THE OSTRICH
INSTRUCTION HOW TO FEED THE OSRTICH

KAK LONG RIDING THE OSTRICH

FULLAMAK...BEST GILER BILA PERGI OSTRICH FARM NI.DAPAT PENERANGAN TTG OSTRICH DAN DAPAT BAGI MAKAN LAGI.MULA2 RASA TAKUT TAPI LAMA2 MCM TAKNAK BALIK JE.KAK LONG DAPAT CERTIFICATE SEBAB BERJAYA MENUNGGANG OSTRICH NIE.DAH LEH BUKA LADANG KOT.

MENU MAKAN MALAM

TUGAS KHAS UNTUK SI TERUNA
JOM JAMU MATA DAN LAYANZZ

MALAM YANG PALING SIBUK UNTUK PARA LELAKI YANG GAGAH UNTUK MENYEDIAKAN MAKAN MALAM...GENG WANITA HANYA TUNGGU DAN BERSEDIA UNTUK MAKAN JE....JAGA ANAK2 SKALI.

BELI BUAH TANGAN



SINGGAH JUGA KE SG.MAS KOTA TINGGI UNTUK MEMBELI PELBAGAI HASIL ORANG KAMPUNG YANG SEDAP2 DAN LEBIH PENTING YANG ORI RASANYA.MUMMY KAK LONG PENING NAK BELI APA SEBAB BANYAK SANGAT PRODUK KAT SINI.

BRELY'S SECRET THE CHOCOLATE HOUSE



DALAM PERJALANAN PULANG SINGGAH KE SINI UNTIK BELI BUAH TANGAN UNTUK JIRAN2 DAN KENALAN.PERGH...! SEMUA COKLAT..TAK TAHAN BEB..TAK LAMA SANGAT SPEND THE TIME HERE...DANGEROUS.

Sabtu, 24 Januari 2009

CUTI-CUTI MALAYSIA


IKIJKIJKIJKIJKIJKIJKIJKIJKIJK

KAK LONG PERGI BERCUTI
KALAU SINGGAH LAYAN LA DIRI.
TAK PASTI BERAPA HARI
GONG XI FA CHAI DARI KAMI...HE..HE..HE


IJKIJKIJKIJKIJKIJKIJKIJKIJKIJK

ORDER LAGI



DALAM PERJALAN BALIK KE RUMAH...KAK LONG DAPAT PANGGILAN DARI KAWAN LAMA.KAK MISHA NAK ORDER MUFFIN UNTUK HADIAHKAN PADA JIRANNYA.INGATKAN NAK AMBIL ESOK KE..RUPA2NYA NAK PETANG NI JUGA.NI KIRA EMERCENCY ORDER.APA LAGI TERUS PERGI BELI APA YANG KURANG...SEMPAT AMBIK PIC MASA TENGAH PANAZZZ.MUFFIN COKLAT PISANG DAN MUFFIN COKLAT RICE.KAK LONG BUAT LEBIH SIKIT SEBAB NAK DI JADIKAN BEKALAN UNTUK PICNIC ESOK.TAK BAIK TOLAK REZEKI KATA HUBBY KAT KAK LONG.IALAH TU..YG KELAM KELIBUT KAK LONG JUGA.ANYWAY THANKS YA KAK MISHA ATAS ORDER TU.KAK LONG HARAP JIRANMU ITU ENJOY THE MUFFIN.

DR.FAIZ DI JOHOR BAHRU



PAGI INI PUTERI KAK LONG TERLIBAT DALAM PROGRAM JELAJAH ANGKASAWAN PERINGKAT NEGERI JOHOR.FARAH DAN 7 ORANG RAKAN2NYA MEWAKILI SEKOLAH DIA.SEAWAL PAGI LAGI BUDAK2 NI DAH SIAP TAPI PROGRAM TU LEWAT SIKIT SEBAB DR FAIZ LAMBAT DATANG.FARAH SEDIH SEBAB TAK DAPAT BERGAMBAR DENGAN DR FAIZ.KAWALAN SUNGGUH KETAT SEKALI MENGALAHKAN LAWATAN PERDANA MENTERI.NAMPAK GAYA AMBIK GAMBAR DARI JAUH JE.

Khamis, 22 Januari 2009

BUBUR NASI KAK LONG

kak long punya citarasa
hubby suka sup ayam

BUBUR NASI MENJADI MENU UNTUK LUNCH APABILA SEMUA AHLI KELURGA SAKIT TEKAK....BANYAK MAKAN LIMAU KOT.DENGAN PENUH KASIH DAN SAYANG KAK LONG BUAT BUBUR NASI NI.MANA TIDAKNYA LAIN ORANG LAIN TASTE.KAK LONG SUKA YANG ADA TELUR MASIN,SAYUR GORENG BELACAN,IKAN BILIS MASAK KICAP,LOBAK ASIN DAN SAMBAL TUMIS.MANAKALA HUBBY SUKA YANG SIMPLE JE..MAKAN DENGAN SUP AYAM.BEGITULAH PENGORBANAN ISTERI YANG BERHEMPAS PULAS DI DAPUR UNTUK MEMASTIKAN ANAK2 DAN SUAMI PUASHATI.PADA KAWAN2 TU JAMU MATA JE.

BELI MINI DONUT



LEPAS SIAP BUAT LESEN,GI PUSING2 DALAM GIANT HYPERMARKET.DAH PENUH TROLI TERUS SINGGAH KAT KIOSK MINI DONUTS.COMEL2 DONUT KAT SITU MACAM ORANG YANG BELI NI.ADA PULAK DIP SOSNYA.COKLAT DAN STRAWBERRY MENJADI PILIHAN KAK LONG DAN MUMMY YANG JADI TUKANG BAYAR...TENGOKLAH MUMMY KAK LONG INTERFRAME JAP MASA TENGAH BAYAR...ANAK MAK TUKANG MAKAN.50 BIJI DONUT CUMA RM 14.5O GITU.

SARAPAN PAGI


HARI INI KAK LONG SIBUK DENGAN AKTIVITI LUAR.SEBELUM MEMULAKAN TUGASAN PERTAMA,MESTI LAH SARAPAN DULU.DAH LAMA BENAR TAK SINGGAH KAT OLD TOWN GIANT PLENTONG.KALI NI KAK LONG CUMA ORDER TUNA SANDWICH JE DENGAN COLD WHITE COFFEE.JAGA BADAN LE,TAK TAU LE TAHAN BERAPA LAMA TAHAP KELAPARAN KU INI.PAS SARAP TU PERGI PULAK KE POST OFFICE UNTUK RENEW LESEN MEMANDU.PERGHH..RAMAINYA ORANG..BOSAN MENUNGGU.UNTUK TUGASAN KEDUA PULA,KAK LONG KENA TAG PIC LAIN KOT...TUNGGU..

Ahad, 18 Januari 2009

Award dari Ilazzshah


Yea..yea..dapat award lagi.Kak Long kenal budak Ilazz ni secara tak disengajakan.Ilazz adalah insan pertama yang singgah kat blog Kak Long.Suka sangat masa tu...ialah first time ada cbox,tetiba ada orang visit.Ilazz ni orang KL...ibu tunggal yang sporting dan insyallah akan mengakhiri title i.t tu tak lama lagi.Kalau ada yang berminat nak kenal singgah le kat blog dia
Ilazzshah.blogspot.com....................thanks Ilazz for the award.Muah...muah..

Tag dan Award dari Zana Inspirasiku



1.Copy badge ''2008 Cute's 3logger Award di atas untuk diletakkan di blog anda.
2.Link atau ceritakan kembali siapa yang memberi award ini kepada anda-Zana Inspirasiku.
3.Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta atau hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.


10 fakta atau hobi diri ku ini.

1.Suka pergi rumah bloggers (x kira siapa)
2.Suka pergi Tesco pagi2,pas penat meround baru balik
3.Suka ambik pic dan berposing
4.Suka sangat kat baby yang gebus2
5.Lebih suka memasak dari wat kerja mengemas.
6.Suka gi jalan2 jauh/overseas
7.Ada je resepi baru mesti cuba
8.Hubby kata KL ni perangai mcm budak2 sbb tu awet muda(puji sendiri)
9.Paling suka sakat orang(binatang x main beb)
10.Suka tengok cerita berbentuk fantasi mcm Lord Of The Ring,Narnia dan yg sewaktu dgnnya.


4.Anda perlu memilih 5 orang penerima Award seterusnya dan menyertakan nama mereka di blog anda....sapa ek? nampak gaya semua dah dpt ni...ok KL mintak le sape2 namanya yg disenaraikan ni rajin2 le wat homework ya
1 Ilazzshah
2 Intan
3 Alin
4 Eyna
5 Linda Kahar

ORDER LAGI



ORDER DARI PUAN WAN ISNAINI DARI TAMAN JOHOR JAYA UNTUK BESDAY BOY.DIA PESAN JANGAN DEKO DENGAN BUTTERCREAM TAPI NAK YANG SIMPLE JE.BUKANNYA APA,ALMAKLUMLAH KANAK2 PRA YANG NAK MAKAN....TAKUT COMOT.MAKA KAK LONG CUMA DEKO JE HURUF D KAT KEK TU...D UNTUK DANISH.HAPI BESDAY YA HANDSOME BOY.UNTUK CIKGU DANISH,DEKO LAIN LAK..MACAM LINGKARAN UBAT NYAMUK JE..HE..HE.HAPPY MUNCHING YA..AND THANKS A LOT FOR THE ORDER.

Jumaat, 16 Januari 2009

ROTI KUKUS KAK LONG




KALAU NAK BUAT KUIH YANG SENANG DAN MUDAH DISEDIAKAN INI LAH DIA.ROTI KUKUS RESEPI DITURUNKAN PADA KAK LONG DARI BONDA TERSAYANG.JOM TENGOK RESEPINYA.
BAHAN2NYA
1 BANTAL ROTI (KECIL)
3 BIJI TELUR
1/2 CAWAN GULA PASIR
1 CAWAN SANTAN PEKAT
1 SUDU GARAM
1 CAWAN AIR DAUN PANDAN
PEWARNA HIJAU
CARA2NYA
BLEND SEMUA BAHAN KECUALI ROTI.BILA DAH HALUS DAN SEBATI TUANGKAN DALAM MANGKUK BESAR.AMBIL ROTI DAN CELUPKAN KE DALAM BAHAN YANG DIBLEND TADI.LEPAS CELUP,LETAKKAN ROTI TADI DALAM LOYANG.SUSUN DAN LAPISKAN ROTI HINGGA HABIS.JIKA ADA LEBIHAN BAHAN YANG DIBLEND TADI TUANGKAN KE ATAS ROTI HINGGA HABIS.KUKUS ROTI SELAMA 20 MINIT.TUNGGU SEJUK BARU POTONG...KALAU SEJUKKAN DALAM FREEZER LAGI SODAP.NGAMMM!

KUIH PERIA



IDEA BUAT KUIH PERIA NI DATANG DARI DAPUR CIK MIN.SUSAH NAK CARI KUIH NI SEKARANG.CUMA ADA KAT SETENGAH TEMPAT JE.SEBENARNYA ADA WARNA MERAH DAN KUNING SELAIN DARI WARNA HIJAU.INTINYA PUN ADA YANG BERKACANG HIJAU,KACANG MERAH DAN KACANG TANAH SELAIN DARI INTI KELAPA.RESEPINYA ADA NI TAPI VERSI KAK LONG DA..NAK YANG ORI GI LE COPY KAT UMAH CIK MIN.

BAHAN2NYA
1/2 KILO KELEDEK DIREBUS(KUPAS KULIT YA)
1/2 CAWAN TEPUNG PULUT
SECUBIT GARAM
SEDIKIT AIR
PEWARNA

CARA2NYA
LENYEK KELEDEK YANG DIREBUS TADI HINGGA HANCUR DAN CAMPURKAN TEPUNG PULUT,GARAM,AIR DAN PEWARNA.ULI HINGGA DOH SENANG DIKEPAL.BULAT2KAN DAN ISI INTI KELAPA KE DALAMNYA.BENTUKKAN SEPERTI DAUN DAN ALASKAN DENGAN DAUN PISANG.KUKUS SELAMA 15 MINIT.

BAHAN2 INTI

1/2 BIJI KELAPA PARUT
50 GM GULA MERAH
20 GM GULA PASIR
SECUBIT GARAM
DAUN PANDAN
1/2 CAWAN AIR

MASAKKAN SEMUA BAHAN HINGGA MELEKIT DAN BILA SEJUK,KEPALKAN BULAT2 UNTUK DIJADIKAN INTI KUIH PERIA.

Rabu, 14 Januari 2009

MENU MAKAN MALAM

MAKAN MALAM YANG MUDAH DISEDIAKAN.MEE GORENG HAILAM NI KALAU MAKAN DENGAN SAMBAL KICAP KE ATAU DENGAN CILI JERUK OK JUGA.ASYIK MAKAN NASI JE..BORING LE..TAPI JANGAN TERPERANJAT SEBAB BAHAN2NYA PUN RINGKAS JE.JOM TENGOK RESEPINYA.

BAHAN2NYA

MEE KUNING

BAWANG PUTIH 6 BIJI DI TUMBUK HALUS

UDANG 10 EKOR

FISH CAKE DI HIRIS NIPIS

BEBOLA DAGING DI HIRIS NIPIS

SAYUR SAWI DI POTONG KECIL

LOBAK MERAH DI HIRIS PANJANG

TOMATO DI POTONG NIPIS

SOS TIRAM 3 SUDU

KICAP MANIS 1/2 CAWAN

MINYAK

CARA2NYA

PANASKAN MINYAK DAN TUMISKAN BAWANG PUTIH DAN GORENG HINGGA NAIK BAUNYA.MASUKKAN UDANG DAN LOBAK MERAH.BILA LOBAK DAH EMPUK,BARU MASUKKAN SEDIKIT AIR DIIKUTI DENGAN SAYUR SAWI,FISH CAKE DAN BEBOLA DAGING.KEMUDIAN MASUKKAN KICAP,SOS TIRAM DAN MEE KUNING.GAUL RATA DAN AKHIR SEKALI MASUKKAN TOMATO.MATIKAN API DAN HIDANGKAN.TABURKAN DENGAN BAWANG GORENG DAN DAUN SUP SERTA DENGAN HIRISAN CILI MERAH.

Selasa, 13 Januari 2009

LAPIS KAK LONG


DI DALAM KESIBUKKAN MENGURUSKAN HAL EHWAL KELUARGA,MASIH SEMPAT BUAT KUIH LAPIS.PADAHAL BAB MELAPIS NI KAK LONG TAK GEMAR SANGAT SEBAB NAK TUMPU KAT DIA JE..KLU TAK JAGA..SIAP TAK MENJADI NANTI.PUTERI BONGSU SUKA MAKAN SEBAB TU MERAJINKAN DIRI JUGA.BUAT LOYANG KECIL JE..CUKUPLA UNTUK KAMI SEKELUARGA.KAK LONG MASUK BLENDER JE SEMUA BAHAN..CARA EXPRESS NIE...NAK CEPAT JE.OK..KITA TENGOK RESEPI YA.

BAHAN2NYA

150 GM TEPUNG BERAS(CAP TERATAI)
50 GM TEPUNG GANDUM
1 SUDU TEPUNG UBI
200 GM SANTAN
120 GM GULA
SECUBIT GARAM
3 CAWAN AIR


CARA2NYA
BLEND SEMUA BAHAN HINGGA SEBATI.BAHAGIKAN KEPADA 2 BAHAGIAN.WARNA MERAH DAN WARNA ASAL(PUTIH LE).KLU NAK BANYAK WARNA IKUT SUKA HATI..LAGI MERIAH.PANASKAN KUKUSAN TERLEBIH DAHULU.TUANG LAPISAN PERTAMA DENGAN WARNA PUTIH DULU PAS TU TUNGGU DLM 3 MINIT DAN LAPISKAN WARNA MERAH.ULANGI MELAPIS HINGGA HABIS.TUNGGU SEJUK BARU POTONG.HIDANGKAN.

Ahad, 11 Januari 2009

LOPES DE KAK LONG



BILA ADA ORDER JE KUIH NI,MESTI KENA BUAT LEBIH.BUKANNYA APA JIRAN2 KAK LONG BOLEH CIUM BAU...KALAU ORDER 100 KEPING MAKA JADIKAN LE 200 GITU.KAWAN LAMA KAK LONG NI SLALU ORDER KALAU BUAT APA2 MAJLIS.KAK SAM SUKA MAKAN SEBAB KAK LONG BUAT CARA TRADISI..IAITU MEREBUS.SLALUNYA KAT PASAR MALAM,YANG ADA LOPES SEGERA.BILA TUANG AIR GULA TERUS BERDERAI.KALAU DIREBUS RASANYA KENYAL SIKIT.KAK LONG BUAT TAK GUNA SUKATAN,MAIN TUANG JE.NAK TAU RESEPINYA JOM...
BAHAN2NYA
1 KILO BERAS PULUT(ANGGARAN 40 KEPING)
2 SUDU GARAM
2 SUDU AIR KAPUR
PEWARNA HIJAU
AIR SECUKUPNYA
DAUN PISANG(WAJIB TAU)DI POTONG PANJANG.
TALI ATAU GETAH
DAUN PANDAN
CARA2NYA
CUCI PULUT HINGGA BERSIH DAN RENDAMKAN BERSAMA GARAM,AIR KAPUR DAN PEWARNA.BIARKAN 4-5 JAM.BERSIHKAN DAUN PISANG DAN MASUKKAN PULUT DAN BENTUKKAN SEPRTI SEGITIGA.IKAT DGN TALI ATAU GETAH.REBUS DENGAN DAUN PANDAN SELAMA 3-4 JAM.BILA DAH MASAK,ANGKAT DAN TOSKAN LOPES DLM TAPISAN YANG BESAR.INGAT JGN GUNA TANGAN TAKUT CEPAT BASI.DAH SEJUK BETUL BARU BOLEH DIHIDANG DGN KELAPA PARUT DAN AIR GULA.(GULA MERAH +GULA PASIR+DAUN PANDAN+AIR YG DIMSK PEKAT)

Jumaat, 9 Januari 2009

SARAPAN KAK LONG



PAGI NI,KAK LONG BANGUN LEBIH AWAL DARI BIASA SEBAB NAK SIAPKAN SARAPAN.MALAM TADI DAH MASAK SAMBAL UDANG.PAGI PULAK MASAK NASI LEMAK DAN CUCUR CAPATI.PUTERI BONGSU KL ADA KOKO KAT SEKOLAH.DAN KEBETULAN PULA HUBBY KENA GI RUMAH KAMI YANG AKAN MEMULAKAN RENOVASI PERINGKAT KE DUA.TUKANG RUMAH JANJI DTG KUL 8 PAGI.JADI PADA SESAPA YG NAK TAU MACAMNE NAK BUAT CUCUR CAPATI NI...TERAI LE YE.

CUCUR CAPATI.
BAHAN-BAHANNYA
3 CAWAN TEPUNG ATTA
2 CAWAN AIR
SECUBIT GARAM
1 BIJI TELUR
ISI UDANG,ISI KETAM(TERPULANG PADA CITARASA)
1 SUDU KECIL BAKING POWDER
1/2 CAWAN SAYUR CAMPUR
CILI MERAH DIHIRIS HALUS

CARA-CARANYA
SATUKAN SEMUA BAHAN DAN GAUL RATA.PASTIKAN ADUNAN TIDAK TERLALU CAIR
DAN TAK TERLALU PEKAT.YANG SEDANG2 SAJA YA.PAS TU SENDUKKAN SEDIKIT KE DALAM MINYAK YANG PANAS.BALIK2 KAN DAN GORENG DENGAN API YG SEDERHANA.

MINUM PETANG

TIBA-TIBA TERASA NAK MAKAN PAU SEBAB DAH LAMA TAK BUAT...MASA BELI MINGGU LEPAS KAT PASAR MALAM,ALAMAK! BILA DAH SEJUK KULITNYA KERAS INTINYA JGN CAKAP SECIPUT JE.BUAT LE LAGI SENANG DAN MUAI.SEKILO TEPUNG BOLEH DAPAT 40 BIJI TAU.BANYAK TU..KL BUAT PAU NI SAMA MCM KAT MAURIPAN TU.3 BIJI KL LETAK INTI JEM ROSELLE SEBAB NAK CUBA KELAINAN.OK GAK..APA-APA SAJA LA.

BAHAN-BAHAN

1 KILO TEPUNG GANDUM

11 GM YIS MAURIPAN

150 GM GULA PASIR

1OO GM MINYAK JAGUNG/MASAK

460 GM AIR

SECUBIT GARAM

CARA-CARANYA

LARUTKAN GULA DLM AIR.SATUKAN TEPUNG DENGAN YIS DAN GAUL RATA.BARU MASUKKAN AIR + GULA,MINYAK,GARAM.ULI HINGGA LICIN DAN KENYAL.KALAU NAK ELAK TEPUNG DARI MELEKAT KAT TANGAN,SAPUKAN SEDIKIT MINYAK.BULAT-BULATKAN DOH TADI MENJADI BEBOLA SEBERAT 30 GM SETIAP SATU.BIARKAN SELAMA 10 MINIT BARU ISIKAN INTI.ALASKAN PAU TADI DGN KERTAS KALIS GRIS ATAU DAUN PISANG.BIARKAN DOH TADI SELAMA 30 MINIT BARU KUKUS DENGAN API YG KUAT SELAMA 10 MINIT.


Khamis, 8 Januari 2009

KEK MARBLE WAWA


HARI INI IALAH BESDAY ADIK BONGSU KL KE 12 TAHUN.PAGI-PAGI DAH HANTAR KE JPN NAK BUAT IC.KL GI DENGAN MUMMY DAN DADDY KL SKALI TERMASUK LE WAWA
YANG EXCITED TU.DAH AMBIL NOMBOR TERUS KLUAR JAP CARI MAKAN LE.BILA PERUT DAH KENYANG MAKA BALIK SEMULA TUNGGU GILIRAN YANG PASTINYA MEMBOSANKAN.RAMAINYA MANUSIA ARI NI,MACAM2 BAU ADA DAN MCM2 GELAGAT.KL TAK SEMPAT NAK WAT KEK BESDAY TAPI SEMALAM ADA LE WAT KEK MARBLE NI DAN TAK SANGKA JADI KEK BESDAY UNTUK WAWA.NAK RESEPI?OK LA
WAT TAU..BILA JADI INFORM KL YA.
KEK MARBLE WAWA
250 GM BUTTER
200 GM GULA CASTOR
240 GM TEPUNG GANDUM
70 GM SUSU MANIS
4 BIJI TELUR
2 SUDU OVALLATE
1 SUDU BAKING POWDER
SEMUA DI SATUKAN DAN PUKUL RATA DENGAN MENGGUNAKAN KEK MIXER SELAMA
4 MINIT DALAM KELAJUAN TINGGI.BAHAGIKAN 3 BAHAGIAN.WARNAKAN IKUT SUKA.TAPI JIKA SUKA COKLAT CAMPURKAN BHG ITU DGN
2 SUDU SERBUK KOKO
2 SUDU SUSU SEGAR
1 SUDU PES COKLAT.
PANASKAN OVEN DAN BAKAR SELAMA 45-50 MINIT-180' (BERGANTUNG PD JENIS OVEN)

Selasa, 6 Januari 2009

MILO DOUBLE SHAKE


ANAK-ANAK TAK SABAR SURUH MAMA DIAORANG BUATKAN MILO SHAKE NI.APA TAKNYA,LEPAS DAPAT SURAT DARI NESTLE.DALAM SURAT TU BANYAK RESEPI SIHAT DAN BERKHASIAT DIBERI.KALAU KENGKAWAN NAK SIGN IN CUBALAH LAYARI WWW.NESTLE.COM.MY. MCM2 ADA TERMASUK TIPS2 YANG BERGUNA.KALAU JADI MEMBER TU DAPAT SURAT SETIAP KALI ADA PROMOSI.SALAH SATU RESEPI YANG MUDAH DISEDIAKAN NILAH DIA.MILO DOUBLE SHAKE.SURE PAS NGAP...BADAN MCM KENA SHAKE.

BAHAN-BAHANNYA.

8 SUDU BESAR SERBUK MILO

1 1/2 CAWAN SUSU RENDAH LEMAK NESTLE(BRAND LAIN PUN BOLEH)

4 SKUP AISKRIM COKLAT NESTLE

CARA-CARANYA

SEJUKKAN GELAS (KOSONG) DLM PETI SEJUK DULU.PAS TU BLEND SEMUA BAHAN SELAMA 2 MINIT.TUANGKAN BAHAN DIBLEND TADI DLM GELAS SEJUK DAN KALAU NAK SEDAP SKUPKAN AISKRIM COKLAT BARU NGAM.TABURKAN SERBUK MILO BIAR NAMPAK COOL.APA LAGI JGN TUNGGU DAN LIHAT JE..TERUS NGAP NANTI CAIR LAK AISKRIM TU..MENU NI UNTUK 3 ORANG JE.NAK LEBIH,DOUBLEKAN KUANTITI OK.

Ahad, 4 Januari 2009

ORDER LAGI



PUKUL 9 PAGI KAK LONG DAPAT PANGGILAN ADA TEMPAHAN KUIH DAN KEK.MRS.LAI DARI JOHOR JAYA YANG ORDER KUIH NI.PULAK TU NAK KUL 4 PETANG TADI.KALANG KELIBUT SEBAB NAK KENA GI BELI KELEDEK DULU.OH YA,LUPA LAK NAK BAGI TAU NAMA KUIH NI..CUCUR BADAK NGAN KEK GULA HANGUS.MRS.LAI NI DAPAT TAU PASAL KAK LONG DARI KAWAN DIA YANG DULU ORDER KUIH NGAN KL.REZEKI NI TAK LEH TOLAK MAKA TESCOLAH DESTINASI KL SETERUSNYA.NASIB BAIK KELEDEK TU ADA KAT SANA..MURAH PULAK..RM1.98 SEKILO.SLALUNYA RM2.9O.BALIK RUMAH TERUS JE REBUS KELEDEK.PAS TU BUAT KEK GULA HANGUS.MANA NAK MASAK UTK MAKAN TENGAHARI LAGI..JADI SUPERWOMAN SEKEJAP.AKHIRNYA..ALHAMDULILLAH SEMUA BERES.KEPADA IBU-IBU SEMUA SELAMAT MENJALANKAN TUGAS SEMPENA NAIK SEKOLAH ESOK....KL JADI DRIVER SEMULA.....AMBIK,ANTAR,AMBIK,ANTAR.......DEMI ANAK-ANAK BERKORBAN TENAGA.

MENU RINGKAS KAK LONG



INILAH PULA MENU MAKAN TENGAHARI KL SEKELUARGA.KURMA AYAM,SAYUR CAMPUR DAN IKAN KERING TUMIS.RASA-RASANYA SEMUA DAH TAU MASAK LAUK-PAUK NI,CUMA IKAN KERING NI MUNGKIN ADA YANG BELUM CUBA.KAK LONG KALAU MAKAN IKAN KERING NI DENGAN NASI PANAS2,WOW! 1 PINGGAN TAK CUKUP TU TAMBAH NASI LAGI....TAMBAH DEBAB LE.OK NAK CUBA..KE
IKAN KERING TUMIS
BAHAN-BAHANNYA
4-6 EKOR IKAN KERING KEMBUNG(CUCI TAPI JGN RENDAM TAU)
2 BIJI BAWANG BESAR DIPOTONG BULAT
2 BATANG CILI HIJAU
2 BATANG CILI MERAH
4 BATANG CILI PADI(NAK PEDAS NI)
LIMAU SAMBAL IKUT SUKA
CARA-CARA MASAK
IKAN DI GORENG DENGAN MINYAK YANG SIKIT JE,JANJI MASAK.BALIK-BALIKKAN.ANGKAT DAN LEBIHAN MINYAK TADI KITA GUNAKAN UNTUK MENUMIS BAWANG,LADA-LADA HINGGA SEPARUH LAYU/PAS TU TUANGKAN ATAS IKAN KERING TADI DAN PERAHKAN LIMAU(TELAN AIR LIUQ MASA NI).HIDANGKAN DENGAN NASI PANAZ-PANAZZZ.SELAMAT MENCUBA.

SARAPAN PAGI

INILAH MENU SARAPAN PAGI KL SEKELUARGA.MENIRU MENU DARI ZANA LA NI.TAK MEMBAZIR ROTI,SEDAP LAK TU DAN RINGKAS.ANAK-ANAK SUKA SAMPAI HABIS 1 BANTAL ROTI.TIMA KASIH ZANA ATAS INSPIRASIMU ITU....

Jumaat, 2 Januari 2009

SOM-SOM KAK LONG


DAH LAMA TAK MAKAN SOM-SOM YANG MERUPAKAN KESUKAAN ANAK-ANAK KL.KEBETULAN TEKAK TENGAH SAKIT DAN PERIT,MAKLUMLAH MUSIM KERJA KAWIN,MAIN HENTAM JE MAKAN ITULA,INILAH.HA! BILA DAH SAKIT BARU TAU.YANG ADIK NAK KALER PINK,ABANGNYA PULAK NAK HIJAU.LAYANKAN AJE JANJI NAK MAKAN.HUBBY KL TAK GEMAR SANGAT MAKANAN MANIS JADI TUKANG TENGOK JE.RESEPINYA....ADA NI...TRY LE.


BAHAN-BAHANNYA

120GM TEPUNG BERAS CAP TERATAI(CONFIRM JADI)
300 ML AIR
200ML SANTAN
SECUBIT ATAU BERCUBIT-CUBIT GARAM DAN PERWARNA(OPTION)

SEMUA BAHAN NI DI SATUKAN DALAM PERIUK NON STICK(TAK LEKAT).MASAK HINGGA PEKAT,LEBIH KURANG 6 MINIT GITU.GUNAKAN WISK LEBIH SENANG GAUL.TUANG DALAM ACUAN DAN RATAKAN PERMUKAANNYA.BIARKAN SEJUK.POTONG DAN HIDANGKAN DENGAN AIR GULA PUTIH ATAU MERAH.KALAU SEJUKKAN DULU LAGI SEDAP.


BAHAN-BAHAN AIR GULA
1/2 CWN GULA PASIR
1/2 CWN GULA MERAH
2 CWN AIR
DAUN PANDAN

SEMUA BAHAN DIMASAK HINGGA MENDIDIH.SEJUKKAN BARU TUANG ATAS SOM-SOM TADI..ORANG DULU-DULU SUKA MASUKKAN CENGKIH DLM AIR GULA TU TAPI KL TAK SUKA BAUNYA TU.SO RASA-RASANYA TAK YAH KOT.SELAMAT MENCUBA

Khamis, 1 Januari 2009

MENU RINGKAS KAK LONG


HARI NI KAK LONG MASAK RINGKAS JE SEBAB BANYAK HAL YANG NAK DIBUAT.MASAK SUP AYAM,SAMBAL BELACAN THAI DAN AYAM MASAK KUNYIT.DALAM KEPENATAN TU ADA PULA YANG MINTA BUATKAN MINI KEK UNTUK BEKALAN KE SEKOLAH.SIAPA LAGI KALAU SI PUTERI BONGSU KAK LONG.ADA AKTIVITI MEMBERSIHKAN KELAS.BUATKAN LAH 20 BIJI.RESEPI AYAM MASAK KUNYIT NI TAK BANYAK GUNAKAN BAHAN.CUBALAH YA..

BAHAN-BAHANNYA

DAGING AYAM DIPOTONG KECIL(PERAP DGN KUNYIT,GARAM DAN GORENG)

1 BIJI BAWANG BESAR DAN BAWANG PUTIH(POTONG BULAT)

1 BTG LADA MERAH,HIJAU(POTONG MENYERONG)

1 BATANG LOBAK MERAH(PTG MEMANJANG)

4 BATANG KCG PANJANG(PTG PANJANG)

1 PAKET SWEET PEAS

GARAM,SOS TIRAM

CARA-CARANYA.

PANASKAN MINYAK DLM 3 SUDU.MASUKKAN LOBAK MERAH,KACANG PANJANG,KACANG PEAS.BILA DAH SETENGAH MASAK BARU MASUKKAN BAWANG PUTIH DAN BAWANG BESAR.DAN JUGA LADA MERAH,LADA HIJAU,AYAM YANG DAH DIGORENG TADI SERTA GARAM DAN SOS TIRAM.HIDANGKAN.