Jumaat, 14 November 2008





Cup cake ni Kak Long buat untuk jamuan akhir tahun kelas Farah.Nekad buat tu.Resepi coklat moist dari Kak Siti.Menjadi juga akhirnya...walaupun tak seterror Ummi Eyna.Kak Long buat dalam 30 biji je.Punyalah happy si Farah sebab asyik tengok kat dalam blog dan minta maknya buatkan.Bila dah siap habis 3 biji di makannya .

Wajah-wajah ceria pelajar cemerlang yang menunggu untuk menerima anugerah cemerlang.Antaranya puteri Kak Long yang paling comel tu.Namanya Farah yang belajar dalam darjah empat.Bangga juga bila dapat undangan untuk majlis anugerah tu.Alhamdulillah,segala penat lelah di balas dengan kejayaan.Apa yang penting harus berusaha selalu.