Khamis, 6 Ogos 2009

KACANG POOL

INILAH MENU MAKAN MALAM TADI.....RINGKAS JE...MAIN CAMPAK2 LAGI...HE..HE..HE..
KALAU DAH KATA MALAS NAK MASAK TU....JANGAN LA NAK MINTA MENU YG BERAT2...KENA IKUT SELERA TUKANG MASAK...MAKA TERHASIL LA MENU YG RINGKAS NI...KACANG POOL.

BAHAN2NYA

1 TIN KACANG POOL(1/2 TIN DIBLEND DAN 1/2 LAGI BIAR DLM BENTUK ASALNYA)

5 TANGKAI CILI HIJAU

3 BIJI BAWANG PUTIH

2 BIJI BAWANG BESAR

1/2 SUDU KECIL JINTAN MANIS

1/2 INCI HALIA(GUNA PEMBARIS KLU WAS2)

SEDIKIT SERBUK LADA PUTIH

CARA2NYA

BLEND CILI HIJAU,BAWANG PUTIH,BAWANG BESAR DAN HALIA.PANASKAN MINYAK SEDIKIT JE...TUMIS BAHAN BLEND DAN JINTAN MANIS YANG DIKISAR KERING.BILA DAH NAIK BAUNYA..MASUKKAN KACANG POOL TADI,SERBUK LADA PUTIH DAN SEDIKIT GULA.KALAU BAHAN TERLALU PEKAT TAMBAH SEDIKIT AIR..KALAU NAK MASIN LETAK SIKIT GARAM.

KENA MAKAN DENGAN ROTI YANG DIBAKAR ATAU DIPANGGANG.SEBELUM TU SAPUKAN SEDIKIT MENTEGA ATAS ROTI TU.TAMBAHKAN TELUR GORENG 1/2 MASAK,POTONGAN LIMAU SAMBAL,CILI HIJAU DAN BAWANG BESAR YG DIPOTONG DADU.MAKAN KETIKA PANAS.

KALAU TAK SUKA GUNAKAN JINTAN MANIS BOLEH JUGA...TAPI RASANYA TAK KICK.

CUBA RESEPI

KEK FUDGE COKLAT
KEK MANGGA DAN KRIM SEGAR

SALAM BUAT TEMAN2 TERSAYANG...LAMA BETUL KAK LONG REHAT DARI MEMBLOGGING NIE.BUKANNYA APA,BANYAK HAL2 PENTING YANG PERLU KL SETTLE DULU.AL MAKLUM LAH...SIBUK DENGAN PERSIAPAN UNTUK PROJEK BISKUT RAYA.MANA NAK BELI TELAPNYA,BAHAN2NYA.YANG PENING NI GULA PULAK SUSAH NAK DAPAT....
KEK FUDGE COKLAT TU KAK LONG DAPAT DARI SEORANG CIKGU MASAKAN KAT BATU PAHAT,PUAN HAJJAH FARIDAH NAMANYA.MASA NAK BAGI 2 KEK TU ADA BERLAKU RUNTUHAN KEK SEBAB LEMBUT SANGAT..MAKA TERSENGET SIKIT RUPANYA.KEK MANGGA TU PULAK ANAK KAK LONG YANG REQUEST...BILA DAH BANYAK KEK MAKA JIRAN2 KL LA YG DAPAT....SERONOK BILA SEMUA SUKA....ADA YANG PESAN SURUH BUAT KEK LAGI....
APA2 PUN KALAU NAK TRY RESEPI KEK FUDGE COKLAT TU BOLEH LA COPY YA...
BAHAN2NYA
8 BIJI TELUR GRED B
4 OZ AIR SEJUK
4 OZ TEPUNG HONG KONG
6 OZ GULA CASTER/HALUS
8 OZ TEPUNG OPTIMA
1/2 SUDU SODA BICARBONAT
1 SUDU OVALLATE
1/2 SUDU KRIM OF TARTAR
PUKUL SEMUA BAHAN DI ATAS HINGGA KEMBANG DAN GEBU BARU MASUKKAN BAHAN2 LAIN
5 OZ MINYAK
3 0Z COKLAT MASAKAN YANG DICAIRKAN
2 SUDU COKLAT EMULCO
GAUL DENGAN GUNAKAN SENDUK ATAU SPATULA HINGGA RATA.TUANG DALAM LOYANG DAN BAKAR SELAMA 50 MINIT DENGAN SUHU 170'C.
BILA KEK DAH SEJUK POTONG DUA DAN LAPISKAN DENGAN ADUNAN COKLAT DAN BUAH PEACH ATAU BUAH KEGEMARAN ANDA.SAPU RATA KE ATAS KEK DAN HIAS IKUT KESUKAAN ANDA.BAHAN2 UNTUK TOPPINGNYA IALAH
10 OZ AIR
3 OZ GULA
10 OZ SUSU CAIR
3 OZ COKLAT CAIR
1/2 SUDU COKLAT EMULCO
2 SUDU SERBUK AGAR2 SEGERA
2 SUDU TEPUNG HOON KWE
CARA2NYA
MASAK SEMUA BAHAN DI ATAS HINGGA PEKAT.JANGAN BIARKAN SEJUK SEBAB IA AKAN MENGERAS DENGAN CEPAT DAN SUSAH UNTUK KITA HIASKAN KEK NANTI.TUANG ATAS KEK KETIKA TOPPING NI PANAS....SELAMAT MENCUBA...