Ahad, 4 Januari 2009

ORDER LAGI



PUKUL 9 PAGI KAK LONG DAPAT PANGGILAN ADA TEMPAHAN KUIH DAN KEK.MRS.LAI DARI JOHOR JAYA YANG ORDER KUIH NI.PULAK TU NAK KUL 4 PETANG TADI.KALANG KELIBUT SEBAB NAK KENA GI BELI KELEDEK DULU.OH YA,LUPA LAK NAK BAGI TAU NAMA KUIH NI..CUCUR BADAK NGAN KEK GULA HANGUS.MRS.LAI NI DAPAT TAU PASAL KAK LONG DARI KAWAN DIA YANG DULU ORDER KUIH NGAN KL.REZEKI NI TAK LEH TOLAK MAKA TESCOLAH DESTINASI KL SETERUSNYA.NASIB BAIK KELEDEK TU ADA KAT SANA..MURAH PULAK..RM1.98 SEKILO.SLALUNYA RM2.9O.BALIK RUMAH TERUS JE REBUS KELEDEK.PAS TU BUAT KEK GULA HANGUS.MANA NAK MASAK UTK MAKAN TENGAHARI LAGI..JADI SUPERWOMAN SEKEJAP.AKHIRNYA..ALHAMDULILLAH SEMUA BERES.KEPADA IBU-IBU SEMUA SELAMAT MENJALANKAN TUGAS SEMPENA NAIK SEKOLAH ESOK....KL JADI DRIVER SEMULA.....AMBIK,ANTAR,AMBIK,ANTAR.......DEMI ANAK-ANAK BERKORBAN TENAGA.

MENU RINGKAS KAK LONG



INILAH PULA MENU MAKAN TENGAHARI KL SEKELUARGA.KURMA AYAM,SAYUR CAMPUR DAN IKAN KERING TUMIS.RASA-RASANYA SEMUA DAH TAU MASAK LAUK-PAUK NI,CUMA IKAN KERING NI MUNGKIN ADA YANG BELUM CUBA.KAK LONG KALAU MAKAN IKAN KERING NI DENGAN NASI PANAS2,WOW! 1 PINGGAN TAK CUKUP TU TAMBAH NASI LAGI....TAMBAH DEBAB LE.OK NAK CUBA..KE
IKAN KERING TUMIS
BAHAN-BAHANNYA
4-6 EKOR IKAN KERING KEMBUNG(CUCI TAPI JGN RENDAM TAU)
2 BIJI BAWANG BESAR DIPOTONG BULAT
2 BATANG CILI HIJAU
2 BATANG CILI MERAH
4 BATANG CILI PADI(NAK PEDAS NI)
LIMAU SAMBAL IKUT SUKA
CARA-CARA MASAK
IKAN DI GORENG DENGAN MINYAK YANG SIKIT JE,JANJI MASAK.BALIK-BALIKKAN.ANGKAT DAN LEBIHAN MINYAK TADI KITA GUNAKAN UNTUK MENUMIS BAWANG,LADA-LADA HINGGA SEPARUH LAYU/PAS TU TUANGKAN ATAS IKAN KERING TADI DAN PERAHKAN LIMAU(TELAN AIR LIUQ MASA NI).HIDANGKAN DENGAN NASI PANAZ-PANAZZZ.SELAMAT MENCUBA.

SARAPAN PAGI

INILAH MENU SARAPAN PAGI KL SEKELUARGA.MENIRU MENU DARI ZANA LA NI.TAK MEMBAZIR ROTI,SEDAP LAK TU DAN RINGKAS.ANAK-ANAK SUKA SAMPAI HABIS 1 BANTAL ROTI.TIMA KASIH ZANA ATAS INSPIRASIMU ITU....