Jumaat, 19 Disember 2008

TALAM KELADI KAK LONG

Hari ni Kak Long di landa virus rajin semacam je.Semalam gi pasar tani beli keladi.Ingatkan nak buat bubur cha-cha tapi tukar misi di saat akhir.Kalau beli kat luar seringgit dapat 3 keping je..tak puas makan.Apalagi buat sendiri le.Jom kita kongsi resepi talam ni.


BAHAN-BAHANNYA
70 GM TEPUNG BERAS
30 GM TPG HONG KWEE
1/2 CAWAN GULA PASIR
1/2 SUDU GARAM
100 ML SANTAN
4OO ML AIR
1/2 CAWAN KELADI REBUS YG DI POTONG DADU
(SEMUA BAHAN DI ATAS DI MASAK HINGGA PEKAT DAN KILAT)
TUANG DALAM LOYANG DAN KUKUS 15 MINIT PAS TU TUANGKAN LAPISAN ATASNYA

LAPISAN ATASNYA
1OO GM TEPUNG BERAS
30 GM TEPUNG GANDUM
10 GM TEPUNG UBI
1OO GM GULA PASIR
SEDIKIT GARAM
1/2 CAWAN SANTAN
PERWARNA UNGU
SEMUA BAHAN DI ATAS DI BLEND DAN TUANGKAN ATAS LAPISAN KELADI TADI DAN KUKUS SELAMA 20 MINIT.

TOMATO HIJAU

Selalunya banyak tomato merah kat hypemarket.Tapi kali ni ada pula tomato hijau kat tesco.Apa lagi KL borong sekilo sebab harganya murah cuma rm 1.9o sekilo.Menu ni paling mudah dan ringkas tapi berkhasiat.Kalau nak cuba kat sini KL sediakan resepinya.

BAHAN-BAHANNYA.
5 BIJI TOMATO HIJAU
2 BIJI BAWANG BESAR
2 BIJI BAWANG PUTIH SEMUA BAHAN DI HIRIS
1 BATANG CILI HIJAU
1 BATANG CILI MERAH
CILI PADI JIKA SUKA PEDAS
IKAN BILIS YG DAH KOPEK
GARAM DAN PERASA
MINYAK

CARA-CARANYA
PANASKAN MINYAK DAN TUMISKAN BAHAN YG DI HIRIS SEPERTI CILI,BAWANG,IKAN BILIS HINGGA NAIK BAU.MASUKKAN GARAM DAN PERASA.AKHIR SEKALI MASUKKAN TOMATO HIJAU DAN KACAU RATA SEKEJAP JE PAS TU MATIKAN API.JANGAN TERLALU LAMA MASAK SEBAB TOMATO NI SEDAP DI MAKAN SEPARUH MASAK...RANGUP GITU.