Sabtu, 27 Jun 2009

HARI TERBUKA PART 2

DENGAN PARA PEMBANTU
CIKGU JULIA YANG MANIS

ANTARA PRODUK2 KAK LONG


WALAUPUN BERMULA DARI JAM 8 PAGI HINGGA 12.30 TENGAHHARI,NAMUN DALAM MASA 3 JAM JE KAK LONG DAH REHAT.....SEMUANYA BERES.CIKGU2 YG LAIN JUAL OTAK2,KEK,MINUMAN,BUKU2,NASI LEMAK,BUAH2AN DAN BARANGAN KERING.MERIAH SUASANA MACAM KAT BAZZAR RAYA...HE..HE.APA2 PUN KAK LONG NAK UCAPKAN TERIMA KASIH BANYAK PADA CIKGU ROSMINI DAN CIKGU MAZNAH YANG BAGI PELUANG NI.....I LOVE U CIKGU...LAIN KALI JUMPA LAGI....

HARI TERBUKA PART 1


PIZZA KAK LONG
BROWNIES YG PALING LAKU

PADA HARI JUMAAT LALU(26.6.2009),KAK LONG DIBERI PELUANG UNTUK BERNIAGA DI SEKOLAH PUTERI KAK LONG.APA LAGI DENGAN SEMANGATNYA KAK LONG MENYIAPKAN SEGALA KEPERLUAN DAN PERSIAPAN.SEPANJANG HARI KHAMIS TU KAK LONG TAK REHAT LANGSUNG...HINGGA 1 PAGI.NASIB BAIK ADA PEMBANTU YG SETIA MENEMANI..SAPA LAGI KALAU BUKAN MY LALING HUBBY.
BANYAK JUGA YANG KAK LONG JUAL..ANTARANYA PIZZA,BROWNIES,FANCY COOKIES
GULA2,MINYAK WANGI ONE DROP DLL.SERONOK BETUL BILA GERAI KAK LONG DISERBU PARA PEMBELI....TAK CUKUP TANGAN DIBUATNYA...SEMUANYA LARIS MCM GORENG PISANG PANAZZZ.

Jumaat, 26 Jun 2009

BROWNIES


BROWNIES NI DI ORDER OLEH CIKGU ROSMINI UNTUK MAJLIS SAMBUTAN HARI JADI PELAJARNYA DI SEKOLAH.SEBENARNYA ADA SATU KOTAK LAGI TAPI LUPA NAK AMIK GAMBARNYA...ANYWAY THANKS A LOT YA CIKGU....

Ahad, 21 Jun 2009

SELAMAT HARI BAPA

KEK LEMON KRIM SEGAR
JELLY DRAGON FRUIT
SELAMAT HARI BAPA PADA SEMUA BAPA2 DI MALAYSIA.KAK LONG NI TAK BERAPA SIHAT SEBAB TERMAKAN SERIMUKA YANG ADA DURIAN....CERITANYA GINI...KAK LONG PERGI MAJLIS TAHLIL DAN YASIN KAT RUMAH JIRAN.SEMUA MAKANAN SEDAP2 BELAKA.MAKAN PUNYA MAKAN TETIBA TERASA LAIN MCM JE RASANYA...RUPA2NYA ADA DURIAN PADA SERIMUKA TU...AISEYMAN!ESOKNYA BATUK TAK BERHENTI DAN BADAN PANAS.KES DEMAM LA NI.
BUKAN TAK SUKA DURIAN TAPI ANTU DURIAN NI...CUMA KALAH SIKIT.RUGINYA YA.
KEK LEMON NI UNTUK PAK LATIF DAN PARA SUAMI DALAM KELUARGANYA.BEGITU JUGA DENGAN JELLY TU.KEPALA DAH NONENG MAKA TERTINGGALLAH HURUF "S" KAT FATHER TU....I'M SORRY.SEMOGA PAK LATIF HAPPY DENGAN KEK DAN JELLY TU YA....LAYANZZZZZ

Selasa, 16 Jun 2009

KENANGAN LALU


KAK LONG NAK BERCERITA TENTANG KENANGAN LALU YANG MENJADI TAPAK PERMULAAN KAK LONG BERMINAT DALAM DUNIA MASAKAN.DAH LAMA BENAR NAK JOIN KELAS MASAKAN TAPI KERANA KESIBUKKAN DENGAN KELUARGA,AKTIVITI KEMASYARAKATAN DAN DUNIA POLITIK BEGITU PADAT SEKALI.
DAN TANGGAL 28 JULAI 2008,KAK LONG NEKAD MENDAFTARKAN DIRI KE KELAS MASAKAN INI,WALAUPUN PADA PETANG ITU(2 OGOS 2008) ADA MAJLIS KENDURI KAT RUMAH MAK MERTUA.
TEPAT JAM 9 PAGI DENGAN SEMANGATNYA KAK LONG KE TAMAN IMPIAN EMAS UNTUK KE RUMAH IDA.MASA TU HANYA KAK LONG DAN KAK MARIAM DARI PUTRI WANGSA YG ADA....YG LAIN TU ON THE WAY KATA IDA.
BILA DAH RAMAI YANG DATANG,MAKA TERTANYA2 DLM HATI SAPALAH CIKGU AKU NI....JENG..JENG...JENG RUPA2NYA PUAN PAUZIAH DARI CITRA KLASIK.WAHHHH!RASA BANGGA GITU..DAPAT BELAJAR DENGAN SIFU HANDAL NI.
YANG DATANG BUKANNYA CALANG2 ORANG..ADA YG DAH JADI USAHAWAN TAPI MASIH DATANG TUNTUT ILMU.ITULAH YG KAK LONG AMALKAN HINGGA KINI,WALAUPUN DAH BERNIAGA TETAP KENA CARI ILMU JUGA..JGN FIKIR BILA DAH PANDAI TU AKAN PANDAI SELAMA2NYA....KENA TAHU PERKEMBANGAN SEMASA DAN TREND YG TERKINI.
ANTARA USAHAWAN TU IALAH KAK NORLI AHMAD.DIA JUGA BEKAS PELAJAR KAK PAU(EH LUPA LAK DAH GI HAJI)HAJJAH PAUZIAH.DAH BERJAYA SEBAB RAJIN GI KELAS BILA ADA PELUANG.
KAK LONG BELAJAR BUAT KUIH TALAM DAN BISKUT RAYA.DAN ANTARA YG JADI HOT SALE TAHUN LEPAS IALAH BISKUT LIDAH KUCING....LAKU WOOO.SAMPAI TAK TERLAYAN PERMINTAAN PELANGGAN.SAMPAIKAN ADA NAK ORDER SIARAN ULANGAN LAGI.
SERONOK BILA DAH DPT ILMU NI...JADI SEMANGAT LAGI NAK PERGI KELAS YANG LAIN(KECUALI KELAS BERSENAM)
APA KABAR AGAKNYA KAWAN2 KAK LONG TU..LEBIH2 LAGI IDA YANG DAPAT KHABAR TAK BERAPA SIHAT.KAK LONG DOAKAN SEMOGA KALIAN SEMAKIN MAJU DALAM PERNIAGAAN MASING2 DAN KAK LONG RINDUKAN KAMU SEMUA.

Ahad, 14 Jun 2009

ORDER LAGI


BROWNIES DAN MUFFIN KEK COKLAT


SEMALAM KAK LONG KENA SIAPKAN TEMPAHAN KEK COKLAT,MUFFIN DAN BROWNIES SEBELUM PERGI KE MAJLIS PERKAHWINAN SEORANG TEMAN.SEMUA NI DIORDER OLEH DILLA DAN ADIKNYA YANG TINGGAL DI JP PERDANA.TERIMA KASIH BANYAK KERANA MENYOKONG KAK LONG.KALAU NAK ORDER JANGAN MALU2 CALL YA.

SEKITAR MAJLIS PERKAHWINAN



Khamis, 11 Jun 2009

TELUR PINDANG



MUSIM ORANG KAWIN NI MESTI SEMUA SIBUK KE KENDURI KAWIN.MAKA KAK LONG DAN BONDA JUGA SIBUK MENERIMA TEMPAHAN UNTUK MEMBUAT TELUR PINDANG.SEBENARNYA KAMI DAH LAMA BUAT BISNESS NI CUMA BARU SEKARANG ADA MASA NAK ENTRY PIC DAN PROMOTE SEKALI.
YANG KELAKARNYA BILA DAH HANTAR TEMPAHAN NI KAT RUMAH PENGANTIN BARU TERINGAT NAK AMBIK GAMBAR.ASYIK LUPA JE....MAKLUMLAH DAH PENAT.INIPUN SEBAB ANAK SULUNG KAK LONG YANG SEMPAT AMBIK GAMBAR GUNA HANDPHONE DIA.DIA DAH FAHAM SANGAT YANG MUMMY DIA NIE JENIS PELUPA.YANG GERAMMNYA TAK PULAK AMBIK GAMBAR KAT DALAM VAN TU..YANG BERDUYUN2 TELUR TU BERSUSUN....HAI!...NAK KENA LANTIK JURUGAMBAR LA PAS NI...HE..HE..ADA SAPA2 NAK KE JAWATAN TU...GAJINYA DAPAT MAKAN TELUR PINDANG FREE SELAMA SEBULAN.....HA..HA.
SO KALAU ADA SAPA2 NAK ORDER TELUR PINDANG JGN MALU2 YA....PASTI PUAS HATI SEBAB GUNAKAN BAHAN2 ALAM SEMULAJADI TIADA PENGGUNAAN BAHAN KIMIA....CHEWAH!...

Ahad, 7 Jun 2009

KEK MARBLE SUSU


KEK MARBLE SEBANYAK 3 BUKU DITEMPAH OLEH KAK WAN UNTUK MAJLIS PERTUNANGAN ADIKNYA.BILA DAH BANYAK BUAT MAKA MESTI ADA LEBIHAN ADUNAN TEPUNGNYA.DAPATLAH BUAT KEK YG KECIK JE.SO ANAK2 DPT MERASA JUGA.RESEPINYA ADA KAT LIST RESEPI YA..

Sabtu, 6 Jun 2009

MINUM PETANG


KEROPOK LEKOR PEDAS
SEMALAM KAK LONG DENGAN RAJINNYA TELAH MENGHIDANGKAN KEROPOK LEKOR PEDAS UNTUK MINUM PETANG.PUNCANYA IALAH KERANA SOS CILI DAH ABIS....LUPA NAK BAGITAU HUBBY.SO BILA DAH SIAP GORENG DAN TAK DE LAWANNYA,JADILAH MACAM NI.
BAHAN2NYA
KEROPOK LEKOR DIGORENG MACAM BIASA
10 TANGKAI CILI KERING
3 ULAS BAWANG PUTIH
5 SUDU GULA PASIR
SEDIKIT GARAM
SEDIKIT CUKA
CARA2NYA
SATUKAN SEMUA BAHAN DI ATAS KECUALI GULA PASIR.
PANASKAN SEDIKIT MINYAK DAN TUMIS BAHAN TADI.
BILA DAH GARING SIKIT BARULAH MASUKKAN GULA PASIR DAN GAUL HINGGA PEKAT.
MASUKKAN KEROPOK LEKOR DAN GAUL RATA
TERUS HIDANGKAN....

Khamis, 4 Jun 2009

HAPPY ANNIVESARRY

KEK COKLAT SEMPENA ULANGTAHUN PERKAHWINAN OGGY DAN HAIRI KE DUA TAHUN.COUPLE NI ADALAH PENCINTA COKLAT DAN SEMOGA GEMBIRA DGN KEK INI.

Isnin, 1 Jun 2009

SARAPANKU

SARAPAN YANG RINGKAS DAN MENGENYANGKAN.PENKEK NI KAK LONG CUMA BUAT SIKIT JE...MAKLUMLAH ANAK2 LEBIH SUKA ROTI CANAI.MAKA HUBBY DAN KL JE YANG ABISKAN.KALAU NAK TRY RESEPI NI SALIN LE..

BAHAN2NYA

2 CAWAN TEPUNG SERBAGUNA(KL GUNA TPG NAIK SENDIRI)

2 BIJI TELUR

1 1/2 CAWAN SUSU SEGAR

2 SUDU GULA ATAU MADU

2 SUDU MINYAK

CARA2NYA

SATUKAN SEMUA BAHAN DAN GAUL RATA ATAU BLEND JE.

KALAU PEKAT SANGAT TAMBAH SIKIT AIR

PANASKAN KUALI NON STICK DENGAN SIKIT BUTTER

TUANGKAN 1 SENDUK ADUNAN ATAS KUALI DAN BIARKAN SEBENTAR.PASTIKAN API DLM KEADAAN SEDERHANA BESAR.

BALIKKAN DAN MASAK HINGGA KEPERANGAN DAN BOLEH DIANGKAT.HIDANGKAN DENGAN MADU ATAU SOS COKLAT ATAU APA-APA SAJA MENGIKUT SELERA ANDA.

KEK BESDAY UNTUK BOY

TEMA HIJAU DAN PUTIH


SEMALAM KAK LONG MENYIAPKAN KEK BESDAY UNTUK BOY YANG SAMBUT BESDAY KE 36 TAHUN.SUKAKAN HIJAU DAN PUTIH.SEORANG COACH PASUKAN BOLASEPAK DAN BERJIWA ROMANTIK.MAKA TERHASILLAH KEK YANG SERBA HIJAU DAN PUTIH BESERTA BOLA2 YG COMEL....SEMOGA BOY SUKA KEK COKLAT MOIST NI...