Lepas siapkan cc,KL terasa penat sangat..macamle byk sangat baking tadi.Maka terhasillah nasi goreng daging merah ni.Dalam penat tu sempat pulak menghias nasi tu.Kalau nak cuba menu ni KL ada tag kan resepi untuk di cuba.
BAHAN-BAHAN
NASI GORENG.
3 BIJI BAWANG PUTIH
CILI PADI (IKUT SUKA)
2 BTG CILI HIJAU
IKAN BILIS(IKUT SUKA)
(BAHAN INI DI KISAR HALUS)
1 BIJI TELUR
1 BIJI BAWANG DI HIRIS
GARAM DAN PERASA
MINYAK
CARA-CARANYA
PANASKAN MINYAK DAN TUMIS BAHAN KISAR HINGGA GARING,MASUKKAN TELUR,GARAM DAN PERASA.MASUKKAN SAYUR CAMPUR JIKA SUKA DAN BAWANG HIRIS.GORENG HINGGA NASI DAN TELUR KELIHATAN KERING SEDIKIT.
DAGING MASAK MERAH
BAHAN-BAHANNYA
1 CAWAN DAGING YANG DI REBUS MERAH
SEDIKIT HALIA,BAWANG BESAR,BAWANG PUTIH DI HIRIS
CILI MERAH DAN CILI HIJAU DI POTONG MEMANJANG
3 SUDU SOS CILI
3 SUDU SOS TOMATO
3 SUDU SOS TIRAM
GULA,GARAM SECUKUP RASA
MINYAK
CARA-CARANYA
PANASKAN MINYAK DAN TUMISKAN BAHAN YANG DI HIRIS.BILA DAH LAYU MASUKKAN KETIGA-TIGA SOS,GULA,GARAM DAN CILI.JIKA SUKA MANIS LEBIHKAN GULA.SELAMAT MENCUBA.
Isnin, 15 Disember 2008
DAH DAPT ORDER
Baru balik dari kelas cc Eyna,dah dapat order dari kawan Watie(adik ipar) yang keje satu office.Dia nak hadiahkan pada Salmi dengan tema hijau dan simple deko.KL dengan semangatnya melakukan tugasan berlandaskan ilmu dari kelas cc Eyna.Alhamdulillah jadi dan susulan dari itu ada order dari kawan Watie juga.Dia nak hadiahkan utk isterinya yg di panggil Ibu.Pelanggan tu nak 1 cup cake tulis 1 huruf.ikutkan aje lah kehendak pelanggan.Kata nak jadi usahawan berjaya harus titiberatkan kepuasan pelanggan.Amacam,ok ke cc KL nie.Percubaan pertama beb.
Langgan:
Catatan (Atom)