Isnin, 30 Mac 2009

NASI GORENG MALAYSIA


DALAM KESIBUKKAN KAK LONG PADA HARI INI,NASI GORENG MENU YANG JADI PILIHAN.ANAK2 DAN HUBBY TAK KISAH SEBAB MEREKA MEMAHAMI SITUASI KAK LONG YANG SENTIASA SIBUK.NASI GORENG MALAYSIA NI KAK LONG BELAJAR MASA KURSUS KAT MSUITE.KELAINANNYA IALAH IA TIDAK DIGORENG MACAM BIASA TAPI DIMASAK MACAM NASI BIASA.OK,KALAU NAK CUBA,LAYANNNZZ RESEPINYA.
BAHAN2NYA
2 CAWAN BERAS BASMATHI(CUCI DAN TOSKAN)
4 SUDU MINYAK MAZOLA
BAHAN2 KISAR
8-1O CILI MERAH
4 ULAS BAWANG PUTIH
3 ULAS BAWANG MERAH
SEDIKIT HALIA
REMPAH TUMIS
4 SUDU BESAR KICAP MANIS
2 SUDU BESAR SOS CILI
2 SUDU BESAR SOS TOMATO
1 KIUB PATI AYAM
SOTONG,UDANG,DAGING ,
SAYUR CAMPUR.
CARA2NYA
PANASKAN MINYAK DAN MASUKKAN REMPAH TUMIS DAN BAHAN2 KISAR HINGGA GARING SEDIKIT.MASUKKAN PULA SOS CILI,SOS TOMATO,KICAP MANIS.TUANGKAN BERAS DAN AIR SECUKUPNYA.DIIKUTI PULA KIUB PATI AYAM DAN BAHAN2 YANG LAIN.MASAK NASI SEPERTI BIASA.GAUL2KAN SUPAYA REMPAHNYA RATA.HIDANGKAN DENGAN AYAM GORENG ATAU TELUR GORENG.

Ahad, 29 Mac 2009

ORDER LAGI

ORDER DARI FARAH KAT PERMAS JAYA
ORDER DARI YUSHANITA KAT TAMAN SCIENTEX


NAMPAK GAYA BULAN NI BULAN BROWNIES.TIAP MINGGU ADA JE ORDER BROWNIES.FARAH ADALAH PELANGGAN TETAP YANG SELALU ORDER.PEMINAT SETIA KAT COKLAT.YUSHANITA PULA DAH LAMA ORDER TAPI SABAR JE SEBAB KAK LONG SIBUK BERKURSUS.SENANG JE CARI RUMAH YUS NI DAN SERONOKNYA BABY BOY DIA NAK IKUT KAK LONG BALIK.SENYUM JE BABY BOY TU SAMBUT KEDATANGAN KAK LONG.TERIMA KASIH YA PADA FARAH DAN YUSHANITA.LAIN KALI ORDER LAGI YA.

ORDER LAGI

BAGI TAK MENGHAMPAKAN PERMINTAAN WARGA SAJ,LARKIN ,KAK LONG GAGAHKAN DIRI UNTUK BUAT APAM SUSU.INI KALI KE DUA ORDER DARI MEREKA.WALAUPUN LETIH BADAN MASIH BELUM HILANG LEPAS KURSUS MINGGU LEPAS,KAK LONG TETAP AMBIL ORDER SEBAB MEMANG DAH GIAN NAK MEMASAK NI.MAKLUMLAH DUA MINGGU DAPUR TAK BERASAP.TERIMA KASIH PADA AIN YANG SUDI HANTARKAN APAM NI.UNTUK WARGA SAJ,JANGAN SEGAN2 KALAU NAK ORDER LAGI.

Rabu, 25 Mac 2009

KURSUS PENGENDALIAN MAKANAN DAN USAHAWAN

KENANGAN HARI TERAKHIR KURSUS MASAKAN DI MSUITE
PADA 17MARCH2009,KAK LONG DAN PESERTA KURSUS MENDAFTAR DI HOTEL MSUITE,JOHOR BAHRU PADA HARI PERTAMA.KURSUS NI DITAJA OLEH KOLEJ KOMUNITI PASIR GUDANG DENGAN KERJASAMA MARA DAN WISE CONSORTIUM.HANYA 21 PESERTA YANG MENGIKUTI KURSUS INI.BERMULA DENGAN SEESI PERKENALAN HINGGALAH KE KELAS MASAKAN.KAK LONG SERONOK SANGAT SEBAB DAPAT BERPELUANG BELAJAR PELBAGAI MASAKAN BARAT,MASAKAN CINA DAN JUGA MASAKAN MELAYU.BERTAMBAH SERONOK LAGI BILA CHEF2 YANG BERPENGALAMAN MEMBERI TUNJUK AJAR.SELAIN BIDANG MASAKAN,PARA PESERTA TURUT DIBERI KAUNSELING DAN MOTIVASI SUPAYA MENJADI USAHAWAN YANG BERILMU DAN BERJAYA.BERBAGAI PERISTIWA LUCU DAN MENARIK BERLAKU KETIKA KURSUS INI.TENAGA PENGAJAR JUGA BIJAK MENGATASI KEADAAN SUPAYA PESERTA TAK MUDAH BOSAN.PENDEK CERITA SEMUANYA BERJALAN DENGAN SUKSESS DAN BERJAYA.SEMOGA APA YANG KAK LONG PELAJARI AKAN MENAIKKAN SEMANGAT DAN IKTIZAM UNTUK KE ARAH KEJAYAAN.DOAKAN KEJAYAAN KAK LONG WAHAI KAWAN-KAWAN.....AMIN....

GAYA-GAYA EXCLUSIVE BAKAL USAHAWAN

IDAMAN KAK LONG
DENGAN ANIE YANG BERSEMANGAT WAJA

BERSAMA RAFIDAH YANG MAINTAIN AYU


UNTUK BONDA TERCINTA


BROWNIES DAN KEK MARBLE ORDER KAT NINA(SWEETLILY)

SEMPAT BUAT MUFFIN UTK KAWAN2 KURSUS


KURSUS RP(KERTAS KERJA)

CIKGU UWAIS JADI IDOLA SEMUA PESERTA
SEMPAT POSING DLM KOMPUTER LAB

KURSUS NI TURUT MENGAJAR BAGAIMANA NAK BUAT KERTAS KERJA.KAK LONG PERTAMA KALI NAK BUAT RP NI TELAN PANADOL SEBAB FENING KEPALA.DITAMBAH LAGI DENGAN MINUM KOPI AGAR TAK NGANTUK SEBAB TIDO LEWAT BUAT HOMEWORK.KIRA2NYA MCM STUDENT UNIVERSITI TU....BAB2 BERPOSING MMG PANDAI TAPI BAB BUAT RP NI..PERGH....DUGAAN YANG KUAT UNTUK BERJAYA TU.

BAGAIKAN VIP

SEESI BERSANTAP DI MSUITE HOTEL
CHEF SUZAINI YANG COOL DAN PAKAR REMPAH

KURSUS PENGENDALIAN MAKANAN DAN USAHAWAN

DENGAN CHEF RAZAK YANG PERAMAH
DENGAN PARA PESERTA YANG SPORTING

SEMALAM (25.MARCH.2009)ADALAH HARI TERAKHIR KAK LONG MENGIKUTI KURSUS KEUSAHAWAN DAN PENGENDALIAN MAKANAN.SERONOK BILA DAPAT SERTAI KURSUS INI,DAPAT ILMU,DAPAT RAMAI KAWAN DAN PALING MENINGGALKAN KESAN DARI KURSUS INI IALAH MUHASABAH DIRI AGAR DAPAT MENCAPAI IMPIAN DENGAN USAHA YANG TAK TAHU KENAL ERTI PENAT DAN MENGALAH.BANYAK LAGI KENANGAN YANG AKAN KAK LONG PAPARKAN UNTUK TATAPAN SEMUA.LAYANZZZZ

Isnin, 16 Mac 2009

CUTI 10 HARI

KAK LONG NAK BUAT PENGUMUMAN YANG KAK LONG AKAN BERCUTI DARI AKTIVITI BLOG SELAMA 10 HARI.BUKANNYA PERGI BERCUTI BERSUKARIA TAPI BERCUTI UNTUK MENUNTUT ILMU.KIRA2NYA KAK LONG AMBIL KURSUS JANGKA PENDEK DALAM BIDANG KEUSAHAWANAN.DARI ITU MAAF DI PINTA.KALAU SINGGAH KAT BLOG KAK LONG NI TINGGALLAH JEJAK YA.KALAU ADA APA2 TU EMAIL JE KAT KAK LONG YA..................................
kaklong69@gmail.com........................................................................................
JUMPA LAGI DAN JANGAN LUPA DOAKAN KAK LONG YA.

Ahad, 15 Mac 2009

KEK LAPIS PUCUK BULUH


INILAH KEK LAPIS PUCUK BULUH YANG GLAMOUR DULU HINGGA KINI...BUKANNYA APA..HARGANYA YANG MAHAL TU YANG JADIKAN KEK LAPIS NI BEGITU DIKENALI.HARGA SEBIJI KEK LAPIS NI IALAH RM120.KEK NI KAK LONG DAN PELAJAR YANG LAIN BUAT...SO TAK BERAPA KEMAS SANGAT..MAKLUMLAH FIRST TRY.OK PAS NI KAK LONG KENA CARI MASA YANG SESUAI UNTUK BUAT KEK NI...SATU HARI TAU HANYA UNTUK DAPAT SEBIJI KEK NI...KATA CIKGU.TAPI KAK LONG DAH TAU BASIC SO DAH KIRA SENANG TU...CHEWAH....BERLAGAKNYA....TAPI KAK LONG MESTI BUAT JUGA...DOAKANLAH YA...

BAKAL CIKGU MASAK


HA!................TENGOK BETUL2 MACAM NI CARANYA NAK MELAPIS TAU...FOKUS..CHEWAH...KAK LONG SEDANG MELAPIS DIPERHATIKAN PARA PELAJAR YANG KEJENYA SUKA TENGOK JE.....MALAZZZZ TU..........OPPS JGN MARE BEB...NI KENA BUAT SECARA BERGILIR2 JADI KITA BOLEH TAHU ANGGARAN KETEBALAN SETIAP LAPISAN.ADA TOKOH KE KAK LONG NI JADI TAUKE KEK LAPIS?

KAK LONG KE KOLEJ

KEDENGARAN SEPERTI TAK PERCAYA KAN?KAK LONG KE KOLEJ KOMUNITI PASIR GUDANG LA...NAK AMBIL KURSUS PENGHASILAN KEK LAPIS SARAWAK.INILAH KAWAN2 YANG TURUT SERTA.FIDA TU YG PAKAI TUDUNG COKLAT CAIR SINGLE LAGI....SAMALAH NGAN YG BAJU MERAH TU GEE NAMANYA.MUDA2 DAH MINAT BERNIAGA TAU...KAK LONG SUKA SEMANGAT BUDAK2 NI.YG BERKACAMATA TU YATI ORANG YG BERTANGGUNGJAWAB MENGURUSKAN KEMASUKAN KITAORG KE KOLEJ INI.CHOM YG SERBA PINK AMBIL BANYAK KURSUS..RAJIN BEBENOR.ISI BORANG TAK JUGA...POSING JE LEBIHHHH.LAYANZZZZZ...............

Jumaat, 13 Mac 2009

HADIAH UNTUK CIKGU LIZAWATI


SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT CIKGU LIZA DAN PASANGANNYA.HANYA HADIAH INI PENGGANTI DIRI.MAAF TAK DAPAT DATANG...JAUH TU KAT NEGERI SEMBILAN.SEMOGA BERBAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT.AMIN......

BROWNIES


PERMINTAAN FARAH UNTUK SAMBUTAN HARIJADI KAWAN KELASNYA.BUAT YANG PLAIN JE.SEMOGA KAWAN FARAH YANG NAMANYA NISA GEMBIRA MENERIMA BROWNIES NI.HEPI BESDAY NISA...

CC ORDER DARI LIANA SAJ

HEPI BESDAY LIANA DAN TERIMA KASIH ORDER CC DARI KAK LONG...SEMOGA DIPANJANGKAN UMUR DAN JODOH SERTA BAHAGIA DAN KEKAL MUDA...CHEWAH! MELEBEY-LEBEY PUJI NI...TAPI MMG BETULPUN...LIANA NI LAWO TAU...SEMOGA PUASHATI DENGAN TEMPAHAN INI.

CC FEMININ YANG TERLAMPAU


KALI INI ORDER CC YANG MINTA DEKO FEMININ.IKUTKAN HATI NAK DEKO YANG SEKSI SIKIT TAPI TAKUT LA KENA SAMAN...HE..HE..SENSOR.THANKS YA PUTERI SYAHDU YANG TOLONG KAK LONG SAMPAIKAN PESANAN KEPADA KAWANNYA.

Selasa, 10 Mac 2009

SARAPAN PAGI


SARAPAN PAGI YANG AMAT DIMINATI DAN BOLEH DIKATAKAN FEBERET ANAK2.SIAP BAWA KE SEKOLAH LAGI...BILA BALIK SEKOLAH TANYA ADA LAGI KE?TAK JEMU2 KE..OK ADA MASA KAK LONG AKAN KEMBALI LAGI..

Ahad, 8 Mac 2009

KAK LONG KE SINGAPORE

KAK LONG,BONDA DAN AUNTIE LIMAH
BUNGA TELUR YANG UNIK

SEMALAM KAK LONG DAN KELUARGA KE SINGAPORE MENGHADIRI MAJLIS PERKAHWINAN SEDARA KAK LONG DI WOODLANDS AVE 1.BILA DAH JUMPA SEMUA SEDARA MULA LAH LUPA NAK SNAP GAMBO PENGANTIN.DEWAN PENUH DENGAN SEDARA KAK LONG DAN PARA JEMPUTAN HINGGA TIADA MEJA YANG KOSONG.KAT SANA SAMA JE MAKANAN MCM KITA KAT SINI CUMA DAGING KAMBING DIHIDANGKAN ,DAGING LEMBU SUSAH NAK DAPAT.BUNGA TELURNYA NAMPAK UNIK DAN CANTIK.KADANG2 SIAP BAGI PINGGAN MANGKUK SEKALI...NAIK SEGAN KITA.APA TAKNYA,BAGI HADIAH PENGANTIN KOTAK COMEL JE TAPI BILA BALIK BAWA PULANG KOTAK BESAR SEBAGAI BERKAT....BEST TAU..

SALAM MAULIDUR RASUL

SALAM MAULIDUR RASUL BUAT SEMUA YANG MENGENALI DIRI INI.ESOK ADALAH TARIKH YANG PALING BESAR DALAM SEJARAH TAMADUN MANUSIA IAITU KELAHIRAN JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD SAW.KEPERIBADIAN BAGINDA YANG HARUS KITA CONTOHI IALAH MENGHUBUNGKAN SIRATULRAHIM,MEMBANTU MEREKA YG DLM KESUSAHAN,MENOLONG ANAK YATIM DAN IBU TUNGGAL,PEMURAH SERTA NILAI2 MURNI YANG LAIN.SEMOGA KITA SEBAGAI UMATNYA MEMILIKI SIFAT2 YANG MURNI ITU..INSYALLAH.

Jumaat, 6 Mac 2009

ORDER DARI SUE SAJ


SUE YANG KEJE KAT SAJ,JAY BEE ,NAK BELANJA KENGKAWAN KAT OFIS.DALAM BANYAK2 MENU DIA PILIH APAM SUSU NI.DENGAN CUACA YANG SEJUK DAN HUJAN PADA MALAM TADI,KAK LONG RISAU JUGA TAKUT TAK NAIK ADUNAN APAM NI.TAPI DENGAN PETUA YANG KAK LONG AMALKAN DARI DULU LAGI,SEMUANYA JADI OK.TERIMA KASIH YA SUE ATAS TEMPAHAN NI...BERTAMBAHLAH MURAH REZEKI BELANJA KAWAN2 DI HARI JUMAAT NI.

Khamis, 5 Mac 2009

NASI GORENG LAGI


DALAM KESIBUKKAN AKTIVITI SEHARIAN MENYEBABKAN KAK LONG HANYA SEDIAKAN MENU YANG RINGKAS UNTUK HIDANGAN MAKAN MALAM.WALAUPUN RINGKAS TAPI KAK LONG PASTIKAN SEMUA BAHAN2 YANG SEGAR DAN BERKHASIAT DIGUNAKAN DALAM MENU INI.SAYUR2AN MESTI DILEBIHKAN SEPERTI LOBAK MERAH DAN SAYUR2AN HIJAU.LAYANZZZ TENGOK JE YA...SIBUK ADA ORDER NI..ADA MASA KAK LONG CITE LAGI...

Isnin, 2 Mac 2009

KEK COKLAT VERSI EXPRESS

KEK INI KAK LONG BUAT SAING DENGAN CC OGY.TU YANG KELAM KABUT NAK BUAT DUA BENDA DALAM SATU MASA.TU TAK TERMASUK KERJA2 DALAM RUMAH LAGI.DEMI PELANGGAN KAK LONG RELA TEPIKAN RASA PENAT...KEK COKLAT NI ATAS PERMINTAAN ADIK KAK LONG UNTUK ISTERINYA.TU LA KALAU NAK ORDER BIARLAH AWAL2 SIKIT...TENGAHHARI ORDER PETANG SIAP...EXPRESS NAMANYA.
ADIK KAK LONG TAK NAK KRIM TAPI JUST SIRAMKAN COKLAT PASTU NAK TABURAN KEKACANG.SIMPLE JE.SO KLU NAK TRY KEK NI SILA LIHAT RESEPI ASAL DARI CIK SUE YANG KEJE KAT SAJ,JOHOR BAHRU.

BAHAN2NYA

1 CAWAN TEPUNG GANDUM

1 CAWAN SERBUK KOKO

1 CAWAN GULA

1 CAWAN SUSU PEKAT

1 CAWAN MINYAK

1/2 CAWAN SUSU CAIR

5 BIJI TELUR

1/2 SUDU SODA BIKARBONAT

1/2 SUDU BAKING POWDER

CARA2NYA

PUKUL TELUR,GULA HINGGA KEMBANG.MASUKKAN KOKO,SUSU.BAHAN PENAIK DAN GAUL RATA DAN AKHIR SEKALI MASUKKAN MINYAK.KACAU RATA DAN KUKUS ATAU BAKAR SELAMA 1 JAM .

APA KATA KALAU KAK LONG NAMAKAN KEK INI KEK 1 CAWAN


URAP JAGUNG BONDA


PETANG TADI PERGI KE RUMAH BONDA,MEMANG LANGKAH KANAN LA SEBAB BONDA KAK LONG BUAT URAP JAGUNG UNTUK MINUM PETANG.BILA KATA NAK AMBIK PIC JE TERUS BONDA HIASKAN DENGAN DAUN PANDAN....NAMPAK BERSERI SIKIT KATANYA.APA2 PUN KITA TENGOK RESEPINYA.



BAHAN2NYA

JAGUNG YANG DIREBUS/KUKUS 1/2 KILO
BILA DAH MASAK GAULKAN DENGAN
1/2 CAWAN GULA PASIR
1 SUDU GARAM
1/2 CAWAN KELAPA PARUT PUTIH

JADIKAN SATU SEMUA BAHAN DAN HIDANGKAN.SENANG DAN SEDAP.

ORDER LAGI


CC NI DI ORDER OLEH OGY UNTUK OFFICEMATE KAT SRI ALAM.NAK BELANJA MAKAN SEMPENA BESDAY OGY ARI INI.OGY NAK DEKO YG LAIN2 TAKNAK YANG SAMA SO KAK LONG BUAT CORAK CAMPUR2 JE.LAYANZZZZ.