Rabu, 24 Disember 2008

INILAH KAK LONG AND HUBBY





Bukannya apa ni,sebenarnya untuk tatapan cikgu Zana kat Batu Pahat.Nak sangat tgk gambo pantin Kak Long.Tapi yang solo je sebab hubby tak nak interframe.Untuk pengetahuan semua,cadar tu Kak Long jahit sendiri.Masa tu semua nak buat sendiri tapi akhirnya mak KL juga yang habiskan semua tugasan.Ha!gambo kat atas tu lah hubby KL masa kat Jepun.Harap-harap cikgu Zana puas hati yek.

MUFFIN PISANG FOR KRISMAS


Inilah rupanya muffin yang baru KL antar kat rumah Madam Dewi petang tadi.Yang ini dalam kotak besar dan satu lagi dlm kotak kecil.Ingatkan nak deko ucapan selamat hari natal,pelanggan KL ni tak nak sebab suka yang plain je.senang nak ngapp!katanya.sebenarnya semua resepi muffin sama je cuma yang membezakannya ialah perisanya.

KOLEH KACANG KAK LONG


Balik dari Singapore je ada lak yang order koleh kacang utk majlis doa selamat.Nasib baik semua bahan ada so pas solat je projekpun di mulakan.Kak Nor nak 2 loyang je,jadi KL buat lebih sikit sedekah skali.Dalam kesibukkan tu dapat lagi permintaan teman lama Madam Dewi nakkan muffin pisang untuk malam krismas nanti.Ni KL ada sediakan resepi koleh kacang.cuba ya!

BAHAN-BAHANNYA
125 GM GULA MERAH
60 GM GULA PASIR
730 ML AIR
(SEMUA BAHAN NI D MASAK DGN DAUN PANDAN DLM 10 MINIT)

BILA DAH SEJUK BARULAH TAPIS AIR GULA DAN MASAK DENGAN BAHAN-BAHAN INI
250 GM TEPUNG KACANG HIJAU
250 GM SANTAN PEKAT

MASAK DENGAN API YANG SEDERHANA DAN GAUL HINGGA PEKAT DAN BERKILAT.KALAU SUSAH NAK GAUL MAKNANYA KURANG AIR JADI TAMBAHKAN SIKIT AIR/SANTAN.TUANG DALAM LOYANG.RATAKAN DENGAN SPATULA DAN SAPUKAN DENGAN SESUDU TAHI MINYAK.