Khamis, 28 Mei 2009

KEK EPAL HIJAU


DATANG LA ANGIN RAJIN MINGGU NI...TEKAK NI TERINGIN NAK MAKAN KEK EPAL HIJAU.DENGAN PENUH SEMANGAT KAK LONG MENYEDIAKAN SEMUA BAHAN DAN TERLUPA LAK STOK EPAL HIJAU DAH HABIS...MAKA KE TESCOLAH AKHIRNYA.NASIB BAIK ADA...HARGA PROMOSI LAGI.KALAU NAK CUBA RESEPI NI YANG KAK LONG COPY DARI ABANG MAT GEBU...SILAKAN.
BAHAN2NYA
185 GM MENTEGA
1 SUDU PARUTAN LEMON
2/3 CAWAN GULA HALUS
3 BIJI TELUR
1 CAWAN TEPUNG NAIK SENDIRI
1/2 CAWAN TEPUNG GANDUM
1/3 CAWAN SUSU SEGAR
2 BIJI EPAL HIJAU YANG DIBELAH 4 DAN RENDAM DLM JUS LEMON(BUANG KULITNYA)
CARA2NYA
PUKUL TELUR,GULA,MENTEGA HINGGA KEMBANG.MASUKKAN TEPUNG DAN BAHAN2 YANG LAIN DAN GAUL SEBATI.TUANG DALAM LOYANG DAN SUSUN BUAH EPAL HIJAU MENGIKUT KESUKAAN ANDA.BAKAR DALAM OVEN DENGAN SUHU 190' SELAMA 45 MINIT.

Isnin, 25 Mei 2009

MINTA TOLONG

KAK LONG NAK MINTA TOLONG KAT SESIAPA YANG TINGGAL KAT KAWASAN SENAI.BUKANNYA APA CUMA NAK TAHU KAT SENAI TU ADA KE KEDAI YANG JUAL BAHAN2 BUAT KUIH.KAK LONG NAK TOLONG SEORANG SAHABAT YANG BENAR2 PERLUKAN INFORMASI TENTANG KEDAI INI.HARAP2 SANGAT LAH ADA YANG SUDI MEMBANTU......DAPAT PAHALA TAU.KALAU SETAKAT KAT JAY BEE NI TAK DE MASALAH TAPI SENAI TU KAK LONG TAK BERAPA TAHU SANGAT.BANTULAH DAKU.....

Sabtu, 23 Mei 2009

PIZZA AND PASTRY CHOUX

MENU MAKAN MALAM
PASTRY CHOUX KAK LONG

MENU MAKAN MALAM YANG RINGKAS YANG JADI FEBERET ANAK2 KL IALAH PIZZA.KALI NI BUAT PIZZA LONJONG.....SENANG MAKAN TUUU.SEBELUM TU KAK LONG BUAT PASTRY CHOUX UNTUK MINUM PETANG.SO KALAU NAK TRY BUAT IKUT RESEPI NI YA.
PASTRY CHOUX
BAHAN2NYA
1/4 LITER AIR
125 GM TEPUNG GANDUM
1/8 SUDU GARAM(SECUBIT JE)
100 GM MENTEGA
3 BIJI TELUR
1/2 SUDU KECIL GULA KASTOR
CARA2NYA
AIR,GULA DAN MENTEGA DIMASAK HINGGA MENDIDIH DAN KECILKAN API,MASUKKAN TEPUNG GANDUM TERUS KACAU HINGGA ADUNAN TIDAK MELEKAT DI PERIUK.KELUARKAN ADUNAN DAN TUANG DALAM BEKAS YANG LAIN DAN SEJUKKAN.
BILA DAH SEJUKKAN BARU MASUKKAN TELUR SATU PERSATU.PUKUL ADUNAN HINGGA SEBATI DAN BERKILAT.MASUKKAN DALAM PIPING BEG DAN PAIPKAN DENGAN BENTUK BUNGA.BAKAR SELAMA 15-20 MINIT DENGAN SUHU 200' C.BILA DAH SEJUK,POTONG PASTRY DAN MASUKKAN INTI KASTARD KE DALAMMNYA.
UNTUK KRIM KASTARD.
1/2 LITER SUSU UHT
1 BIJI TELUR
35 GM TEPUNG KASTARD
100 GM GULA KASTOR
ESEN VANILLA
CARA2 MASAK KRIM
CAMPUR SEMUA BAHAN DAN KACAU RATA.TAPIS DAN MASAK HINGGA PEKAT.SEJUKKAN KRIM BARULAH DIGUNAKAN UNTUK JADI INTI PASTRY TADI.

Rabu, 20 Mei 2009

MURAH REZEKI


BARU PINDAH JE DAH DAPAT REZEKI DARI JIRAN BARU KAK LONG.KHAIRUL DAN MIMI BARU BALIK MAKAN ANGIN KAT SARAWAK.BILA BALIK BAWA OLE-OLE DARI SANA.IKAN TERUBUK MASIN DAN KEK LAPIS SARAWAK KAY DAYANG.AKHIRNYA DAPAT JUGA MERASA KEK LAPIS KAK DAYANG.PERISA KELADI DAN TAK MANIS SANGAT....ITULAH YG BESTNYA.TERIMA KASIH BANYAK LAH WAHAI JIRAN BARU.LAIN KALI KALAU PERGI JALAN2 TU BELILAH OLE-OLE YANG BANYAK..HE..HE.

Ahad, 17 Mei 2009

KEK OREN


KEK OREN NI KAK LONG BUAT MINGGU LEPAS TAPI SEKARANG NI BARU DAPAT NAK TAYANG.SAJA NAK TEST RESEPI YANG KL DAPAT DARI SORANG KAWAN.TAK SEMPAT NAK DEKO DAH KENA POTONG.KALAU NAK TRY BOLEH LA SALIN RESEPI YA.
BAHAN2 UNTUK KEK OREN.
125 GM BUTTER
125 GM MINYAK
200 GM GULA HALUS
5 BIJI TELUR GRED B
1 SUDU PES OREN
200 GM TEPUNG NAIK SENDIRI
20 GM TEPUNG SUPERFINE/TPG GANDUM
1 SUDU KECIL BAKING POWDER
1/2 SUDU KECIL GARAM
CARA2NYA
-PUKUL TELUR DAN GULA HINGGA KEMBANG.MASUKKAN MENTEGA DAN BAHAN2 KERING SEPERTI TEPUNG,BAKING POWDER DAN GARAM.
-MASUKKAN PES OREN DAN GAUL RATA
-AKHIR SEKALI MASUKKAN MINYAK.
-TUANG DALAN ACUAN DAN BAKAR SELAMA 40 -45 MINIT DENGAN SUHU 180' C.

CC HARI GURU

CC BERFONDANT BEB..
CC DAN KEK LEMON

CC HARI GURU SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU TEMPAHAN ADIK FARAH UNTUK CIKGU2 NYA.DAN JUGA KEK LEMON COMEL UNTUK KAWAN2NYA.DIHARAPKAN SEMUANYA SUKA DENGAN CC COKLAT MOIST NI.DAH TERLANJUR BELAJAR FONDANT MAKA KL HIASKAN DENGAN FONDANT SEKALI.

KELAS FONDANT AND SUGAR PASTE AZIE

POSING DENGAN KEK FONDANT
SENTUHAN PERTAMA KU

SEMALAM (AHAD) KAK LONG PERGI KELAS FONDANT AZIE.SEPATUTNYA KAK LONG PERGI BERDUA DENGAN KAWAN KAK LONG.TAPI KAWAN KL ADA HAL PENTING SO TERPAKSA PERGI SORANG JE.DIA YANG BERIA2 SANGAT NAK BELAJAR DAN YANG DAFTARKAN NAMA KL.TAK PELAH LAIN KALI KOT.ENJOY SANGAT DAPAT BELAJAR FONDANT DAN DAPAT KAWAN2 BARU.

Jumaat, 15 Mei 2009

SELAMAT HARI GURU


SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU DI SELURUH MALAYSIA.ISTIMEWA BUAT CIKGU ZANA DAN KAK YONG YANG TERSAYANG.
GURULAH YANG MELAHIRKAN PELAJAR YANG BERJIWA BESAR,PARA INTELEK,PARA PENDIDIK,AHLI SUKAN,PARA USAHAWAN DAN SEBAGAINYA.
GURU YANG BAIK ADALAH GURU YANG TIDAK PERNAH JEMU DAN BOSAN MENUNAIKAN TANGGUNGJAWAB YANG DIAMANAHKAN.
ITULAH GURU YANG JADI PEMBINA BANGSA DAN NEGARA.

Selasa, 12 Mei 2009

APAM SUSU


HARI INI KAK LONG DAPAT ORDER APAM SUSU DARI BUDAK2 SAJ,JAY BEE.SUKA BENOR BUDAK2 NI MAKAM APAM SUSU.BILA ADA MEETING JE MESTI ADA APAM SUSU.SIAP DEKO HURUF 'S' LAGI.....UNTUK SAJ......JUGA UNTUK SUE YG COMEL TU.THANKS PADA WAN ISNAINI YANG TOLONG BAWAKAN PESANAN NI KE SAJ.

MUFFIN KUNING


PADA 8.5.2009,KAK LONG MENERIMA TEMPAHAN MUFFIN DARI AIN UNTUK ANAKNYA NURUL DANIA YANG SAMBUT BESDAY KE 10 TAHUN.NAK JAMU KAWAN2 KELASNYA.YANG BESTNYA,DANIA NAK MUFFIN YANG KUNING SEBAB DIA FANATIK PADA WARNA KUNING.IKUTKAN AJE LA YA....JANJI HAPPY.THANKS AIN ANG HAPPY BESDAY DANIA.

ORDER LAGI



DALAM KESIBUKKAN BERPINDAH RUMAH,KAK LONG MASIH MENERIMA TEMPAHAN.MURAH REZEKI RUMAH BARU NI.ORDER DARI YUS,PELANGGAN SETIA KAK LONG.YUS NAK HADIAHKAN CC NI UNTUK ADIKNYA YANG MELANGSUNGKAN HARI BAHAGIANYA.SAYANG BETUL KAKAK YUS KAT ADIKNYA SALLEH TU....TERHARU YOU.TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN YANG YUS BERIKAN PADA KAK LONG.

UNDANGAN KE KAFE LARIS

BAHAGIAN HADAPAN KAFE LARIS
HADIAH DARI KAK LONG UNTUK WATIE

PADA HARI AHAD (3.5.2009),KAK LONG DAN KELUARGA DIJEMPUT OLEH WATIE,TUAN PUNYA KAFE LARIS KE KAFENYA.KAK LONG SEBAGAI RAKAN AMAT BANGGA DENGAN PEMBUKAAN KAFE LARIS YANG PASTINYA AKAN SENTIASA LARIS.PELBAGAI JUADAH YANG ENAK DISEDIAKAN UNTUK SEMUA TETAMU.ADA SOTO ISTIMEWA,NASI CAMPUR BERANEKA LAUK PAUK DAN PULUT MANGGA.TAHNIAH!...SEMOGA BISNESS BERTAMBAH MAJU.UNTUK MEREKA YANG NAK MENCUBA HIDANGAN DI KAFE LARIS DATANGLAH KE NO 7,JLN HARMONIUM 33/1,TAMAN DESA TEBRAU.

Sabtu, 9 Mei 2009

SELAMAT HARI IBU

SELAMAT HARI IBU BUAT SEMUA TEMAN BLOGGERS.SEMOGA PENGORBANAN YANG KITA LAKUKAN SELAMA INI DIBERKATI ALLAH S.W.T.HARGAILAH KASIH SAYANG IBU KITA DENGAN SENTIASA MENDOAKAN KESEJATERAAN ATAS IBU-IBU KITA.BONDA,KAK LONG SAYANGKAN BONDA.SEMOGA BONDA TABAH HADAPI DUGAAN TUHAN DAN CEPAT SEMBUH........AMIN.