Jumaat, 30 Oktober 2009

BONDA BELANJA MAKAN

SEBELAH KL TULAH ANAK BUJANG YANG PEMALU

SATE WAK RADOL YANG ENAK

SEMPAT POSING LAGI WAHAI BONDA

BONDA KL NI SUKA BENAR MAKAN KAT LUAR.BONDA NAK MERAIKAN KAK LONG DAN SUAMI DENGAN BELANJA MAKAN.APA LAGI........BUKAN MAIN SERONOK LA SEISI KELUARGA.ORDER..JANGAN TAK ORDER KATA BONDA.TEMPAT YG PALING DEKAT DAN ADA MAKANAN YANG SEDAP IALAH KAT GERAI WAK RADOL YANG TERKENAL DI JB.PENUH MEJA DENGAN MAKANAN.......SIAP BUNGKUS BAWA BALIK LAGI......TERIMA KASIH BONDA YANG PEMURAH....SIAP DAPAT HADIAH LAGI TAU...........

SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN KE 16



HARI INI GENAPLAH 16 TAHUN USIA PERKAHWINAN KAMI SUAMI ISTERI.WALAUPUN SIBUK DENGAN HAL MASING2 TAPI DAPAT JUGA KITA RAIKAN BERSAMA.PADA MULANYA HUBBY KAK LONG MALU2 UNTUK BERGAMBAR TAPI KERANA SAYANGKAN KL,DIA SUDI JUGA.ORANGNYA PEMALU SANGAT......DAN LEBIH SUKA LOW PROFILE.SEMOGA HARI2 YANG MENDATANG AKAN KITA TEMPOHI DENGAN PENUH KESABARAN DAN SEMAKIN ERAT KASIH DAN SAYANG.
SEMOGA SEMAKIN SUBUR CINTA DI RUMAH KITA............AMIN...........

Ahad, 25 Oktober 2009

ROTI NAN MINI VERSI KAK LONG


SETELAH SIBUK BEBERAPA MINGGU NI,KAK LONG BARU ADA MASA UNTUK MENYEDIAKAN ROTI NAN YANG HUBBY KAK LONG IDAMKAN.BIASANYA ROTI NAN BENTUKNYA BESAR DAN KENYANG MAKAN SEKEPING JE..TAPI ROTI NAN KL NI BUAT SAIZ MINI SUPAYA DAPAT BANYAK....KALAU NAK CUBA SALIN LA RESEPINYA YA.
BAHAN2 ROTI NAN
4 CAWAN TEPUNG GANDUM
1 1/2 SUSU YIS MAURIPAN
2 SUDU GULA PASIR
1 SUDU GARAM
4 SUDU MENTEGA/MARJERIN DICAIRKAN
4 SUDU YOGURT YANG PLAIN/SUSU SUAM
AIR SECUKUPNYA
MINYAK SAPI UNTUK GORENG ROTI
CARA2NYA
GAUL BAHAN KERING TERLEBIH DAHULU SEPERTI TEPUNG,GULA,YIS DAN GARAM.
KEMUDIAN BARU CAMPURKAN SEMUA BAHAN LAIN DAN ULI HINGGA SEBATI.
TUTUP DOH DENGAN PLASTIK ATAU KAIN LEMBAB DAN BIARKAN 1/2 JAM.BILA DAH NAIK SIKIT ULI LAGI DAN BULAT2KAN SEBERAT 50 GM DAN BIARKAN 15 MINIT.
GILING DOH DAN SAPUKAN SEDIKIT MINYAK SAPI ATAS ROTI KETIKA MENGGORENG.....GUNAKAN KUALI NON STICK SEBAB TAK GUNAKAN MINYAK YG BANYAK DEMI KESIHATAN.ROTI AKAN KEMBANG KETIKA MEMASAKNYA.BALIK2KAN HINGGA MASAK.
KUAH DAL
2 BIJI BAWANG BESAR
2 BIJI BAWANG PUTIH
1 INCI HALIA
SEMUA BAHAN DI ATAS DIKISAR HALUS
DAUN KARI
SERBUK KARI
DAGING TETEL YANG DAH DIREBUS HINGGA EMPUK
KACANG DAL YANG DIRENDAM TERLEBIH DAHULU
ASAM JAWA/ASAM KEPING
GARAM DAN BAHAN PERASA
SEDIKIT GULA JIKA SUKA
SANTAN PEKAT DALAM 1/2 BIJI
KENTANG DIPOTONG DADU
KACANG PANJANG
LOBAK MERAH DIPOTONG DADU
MINYAK UNTUK MENUMIS
CARA2NYA
PANASKAN MINYAK DAN TUMIS BAHAN2 KISAR HINGGA NAIK BAU ATAU PECAH MINYAK.MASUKKAN REMPAH KARI YANG TELAH DIGAUL DENGAN AIR TERLEBIH DAHULU.GAUL SEBATI BARU MASUKKAN DAGING TETEL,KACANG DAL,KENTANG DAN LOBAK MERAH SERTA AIR REBUSAN TETELAN TADI.BILA DAH SEPARUH EMPUK KENTANG,BARU MASUKKAN KACANG PANJANG,AIR ASAM JAWA,GARAM,GULA,DAUN KARI DAN BAHAN PERASA.AKHIR SEKALI MASUKKAN SANTAN DAN DIDIHKAN SELAMA 5 MINIT DENGAN API YANG SEDERHANA.DAH SIAP...HIASKAN DENGAN CILI MERAHDAN CILI HIJAU YANG DIBELAH MEMANJANG.

Sabtu, 24 Oktober 2009

KEK COKLAT MOIST



INILAH RUPANYA KEK COKLAT MOIST YANG DIORDER OLEH MAZ....ORDER SEMALAM NAKNYA HARI NI....AWAL2 PAGI DAH NAK AMBIK.KALAU IKUTKAN MASA MEMANG TAK CUKUP...NAK ADUN,BAKAR DAN TUNGGU SEJUK BARU NAK DEKO....
KAK LONG DAH BAGITAU AWAL2 LE ORDER...TAPI KESIAN PUNYA PASAL MAKA AMBIK JUGA LA ORDER TU......
NAK CEPAT PUNYA PASAL MAKA LUPA PULA NAK TANYA NAMA ANAK MAZNI....MAKA SIMPLE JE DEKONYA.LAIN KALI INGAT YA....KALAU NAK ORDER TU PASTIKAN LAGI SEMINGGU ATAU 3 HARI SEBELUM MAJLIS BOLEH ORDER.
SEMOGA MAZNI SUKA DENGAN KEK COKLAT MOIST TU YA.LAYANZZZZZZZZZ.......

Isnin, 19 Oktober 2009

ORDER LAGI







SEMAKIN DAH TIBA PENGHUJUNG RAYA MAKIN RAMAI ORANG BUAT RUMAH TERBUKA........MAKA MAKIN BERTAMBAH LA REZEKI KAK LONG.
TERIMA KASIH BUAT SEMUA PELANGGAN KAK LONG YANG SUDI MENEMPAH.
ROHAYA--------COCONUT BLOSSOM
NOR---------------KUIH RAYA
ZIE--------------MUFFIN
WARY-------------KUIH RAYA
ASODHA----------KUIH RAYA(HAPPY DEEPAVALLI)

ORDER LAGI

NASI LEMAK
ROTI JALA

KUIH MUIH

TERIMA KASIH LA TAK TERHINGGA PADA SEMUA YANG SUDI MENYOKONG KAK LONG DENGAN TEMPAHAN YANG TAK PUTUS2.ALHAMDULILLAH...............................
TERIMA KASIH DAUN KELADI LAIN KALI ORDER LA LAGI KEPADA
KAK ANI---------NASI LEMAK DAN KUIH MUIH
CIKGU ROSMINI-----------NASI LEMAK DAN KEK
AINI--------------ROTI JALA(BEKAS KUAH BELUM PULANG LAGI YA)

OBEK DIDI BERAYA DI RUMAH KAK LONG


JAM 8.45 MALAM,KAK LONG TERIMA PANGGILAN DARI ADIK KL KAT JOHOR JAYA.DIA MAKLUMKAN YANG ADA SESEORANG NAK DATANG BERAYA KAT RUMAH KAK LONG.PUNYALAH BERSILAT MEMBERSIHKAN RUMAH SEBAB RAMAI TETAMU YG DATANG PADA HARI TERSEBUT.DENGAN TAK DISANGKA2 RUPA2NYA PAKCIK KAK LONG DARI SINGAPORE DATANG.PADA YANG BIASA MENONTON TV SINGAPORE PASTI KENAL DENGAN OBEK DIDI ATAU NAMANYA MAHADI SHOR.

LAMA BENAR TAK JUMPA SEBAB OBEK DIDI SIBUK DENGAN SHOOTING DAN SHOW KAT SINGAPORE.DIA JUGA PERNAH BERLAKON DALAM FILEM ANNA AND THE KING KAT MALAYSIA.KAK LONG MEMANG MANJA DENGAN DIA SEBAB TU KALAU KE JOHOR PASTI SINGGAH KE RUMAH.

WALAUPUN DAH BERUSIA TAPI MASIH LAKU BERLAKON DAN BUAT SHOW.SO LAYANZZZZZ..................

Jumaat, 16 Oktober 2009

KEK BARBIE,COKLAT MOIST DAN KEK PISANG





AL KISAH,ANAK KAK LONG SAMBUT BESDAY PADA HARI RAYA KEDUA...MASA TU SIBUK DENGAN PROJEK TELUR PINDANG.MAKA TAK SEMPAT BUATKAN.
KEBETULAN PULA MINGGU LEPAS ADA SAMBUTAN RAYA KAT SEKOLAH..MAKA KAK LONG AMBIL KESEMPATAN MASA YG TERLUANG UNTUK BUATKAN KEK BARBIE UNTUK PUTERI BONGSU KL.BUKAN MAIN SUKA DIA....HABIS SATU SEKOLAH NAK DITAYANGKAN...
KEK2 YG LAIN TU DIORDER OLEH DILLA DAN KAWAN KL KAT JP.
SO LAYANZZZ

Selasa, 13 Oktober 2009

TARRA......KAK LONG KEMBALI






MINTA AMPUN BANYAK2 WAHAI KAWAN2 SEBAB DAH LAMA TAK AKTIF MACAM DULU.BUKANNYA APA,KAK LONG SIBUK DENGAN UNDANGAN HARI TERBUKA,MAJLIS KAWIN,MAJLIS CUKUR JAMBUL DAN JUGA TEMPAHAN YANG TAK PUTUS2.
ALHAMDULILLAH TUHAN MURAHKAN REZEKI KAK LONG SEKELUARGA SEPANJANG BULAN SYAWAL NI.
KAT ATAS NI ADALAH SEBAHAGIAN TEMPAHAN YANG KAK LONG TERIMA.INSYALLAH JIKA ADA MASA YANG TERLUANG,KAK LONG AKAN SAMBUNG CERITA LAGI. TAK LUPA UCAPAN TERIMA KASIH PADA PARA PELANGGAN KAK LONG YA
DILLA --- BLOSSOM COCONUT
MIYSHA---BROWNIES,MUFFIN DAN KEK MARBLE.
OK BYE.......LAYANZZZZZZZZZZZZZ