Jumaat, 7 November 2008


Petang semalam cikgu Siti Zabeha order roti jala kat KL.Tak banyak,cuma untuk 40 orang.Ni dah berapa kali cikgu order.Tima kasih cikgu Siti.Kalau nak order lagi bagitau awal takut jadual padat.Roti jala ni makanan yang ringkas tapi mengenyangkan.Sebab tu ramai orang suka pilih menu ni untuk apa-apa majlispun sesuai.

Masa singgah kat blog Zana,teruja untuk mencuba roti lapis bakar yang resepi asalnya dari Hana .kebetulan bahan-bahan semua ada.yang kilat di lapisan atas tu keju.keluarga KL suka dengan menu ini.tapi tak boleh buat selalu,nanti bertambahlah montel.

MENU MAKAN MALAM


Inilah hasil dari ronda-ronda cari lauk.untuk menjimatkan masa dan menu yang ringkas.maka KL masak sup tulang merah yang di makan dengan roti perancis.roti tu jiran sebelah bagi.dia kalau beli roti mesti ingatkan KL.dari itu KL balas dengan semangkuk sup untuk dia.kiranya dia paling bertuah sebab KL selalu sedekah makanan kat dia.jiran baik gitu!

Khamis, 6 November 2008

MAKAN TIME

Hari ini ada masa nak keluar.sebelum memulakan tugas membeli keperluan dapur KL makan dulu kat Old Town,Giant,Plentong.ni menu favorite KL.namanya Ipoh chicken hor fun.ala,sekali sekala makan.dah kenyang baru ada energy nak tolak troli.

Rabu, 5 November 2008




Free Blog Content