Isnin, 15 Disember 2008

NASI GORENG DAGING MERAH

Lepas siapkan cc,KL terasa penat sangat..macamle byk sangat baking tadi.Maka terhasillah nasi goreng daging merah ni.Dalam penat tu sempat pulak menghias nasi tu.Kalau nak cuba menu ni KL ada tag kan resepi untuk di cuba.

BAHAN-BAHAN
NASI GORENG.

3 BIJI BAWANG PUTIH
CILI PADI (IKUT SUKA)
2 BTG CILI HIJAU
IKAN BILIS(IKUT SUKA)
(BAHAN INI DI KISAR HALUS)
1 BIJI TELUR
1 BIJI BAWANG DI HIRIS
GARAM DAN PERASA
MINYAK

CARA-CARANYA

PANASKAN MINYAK DAN TUMIS BAHAN KISAR HINGGA GARING,MASUKKAN TELUR,GARAM DAN PERASA.MASUKKAN SAYUR CAMPUR JIKA SUKA DAN BAWANG HIRIS.GORENG HINGGA NASI DAN TELUR KELIHATAN KERING SEDIKIT.

DAGING MASAK MERAH

BAHAN-BAHANNYA

1 CAWAN DAGING YANG DI REBUS MERAH
SEDIKIT HALIA,BAWANG BESAR,BAWANG PUTIH DI HIRIS
CILI MERAH DAN CILI HIJAU DI POTONG MEMANJANG
3 SUDU SOS CILI
3 SUDU SOS TOMATO
3 SUDU SOS TIRAM
GULA,GARAM SECUKUP RASA
MINYAK

CARA-CARANYA

PANASKAN MINYAK DAN TUMISKAN BAHAN YANG DI HIRIS.BILA DAH LAYU MASUKKAN KETIGA-TIGA SOS,GULA,GARAM DAN CILI.JIKA SUKA MANIS LEBIHKAN GULA.SELAMAT MENCUBA.

DAH DAPT ORDER

Baru balik dari kelas cc Eyna,dah dapat order dari kawan Watie(adik ipar) yang keje satu office.Dia nak hadiahkan pada Salmi dengan tema hijau dan simple deko.KL dengan semangatnya melakukan tugasan berlandaskan ilmu dari kelas cc Eyna.Alhamdulillah jadi dan susulan dari itu ada order dari kawan Watie juga.Dia nak hadiahkan utk isterinya yg di panggil Ibu.Pelanggan tu nak 1 cup cake tulis 1 huruf.ikutkan aje lah kehendak pelanggan.Kata nak jadi usahawan berjaya harus titiberatkan kepuasan pelanggan.Amacam,ok ke cc KL nie.Percubaan pertama beb.

Ahad, 14 Disember 2008

KELAS CUP CAKE EYNA






Hari ini besday KL.Tapi KL celebrate lambat sikit sebab kena attend kelas cup cake kat Bukit Indah.Mana lagi dengan Eyna yang comel tu macam KL gak.Kelas mula 9 pagi tapi KL dengan penuh semangat dah terpacak kat pintu rumah Eyna jam 8.30 pagi.Masa tu Eyna sedang berdandan dan KL di sambut oleh Naja anak sulung Eyna.Cute budak tu macam nak bawak balik je.Kemudian Wati yang menggigil kesejukkan pula datang.Hujan renyai masa tu menjadikan KL dan Wati lapar dan bersarapanlah dengan nasi lemak serta muffin coklat chips.Yummy!sampai tak sedar Salwa sampai masa makan tu.Macam-macam di bualkan sampai terlupa yang kita datang ni bukannya nak bersembang tapi nak belajar buat cup cake.Hasil kerastangan KL tu adalah atas tunjuk ajar Eyna.Terima kasih banyak KL ucapkan kat Eyna yang tak lokek bagi tips dan bungkuskan muffin untuk kita semua.

MENU HARI RAYA HAJI


Dah lama tak tag gambar ni.KL sibuk memanjang je.Maklumlah cuti sekolah asyik jalan-jalan dengan keluarga.Masa hari raya haji lepas KL buatkan marble cheese cake dengan cup cake untuk MIL kat Kota Tinggi.Punyalah seronok anak-anak sedara yang seramai 19 orang tu bila KL sampai.Apa tidaknya,tunggu cup cake kat depan pintu lagi.KL buat dalam 4o biji cc,itupun tak cukup.Insyallah lain kali KL buat banyak lagi biar puas diaorang makan.


Khamis, 4 Disember 2008

KEK UNTUK HUBBY


Tanggal 3Disember 2008,besday hubby Kak Long.Di sebabkan teruja dengan kek blueberry Siti.Kak Long buatkan kek utk hubby dengan cc sekali.Kiranya ni main hentam je buat.Walau tak sama dengan kek buatan Siti yang pro tu tapi puashati sebab buat sendiri.Pasal deko mendeko tu memang le tak pro lagi.Tapi hubby puji sebab berani buat.Senyum meleret je KL sepanjang hari.Tentang roti tu lak,KL saja je buat ikut Hana.Roti nasi namanya.Buat comel-comel je sebab 1/2 adunan je.KL masukkan inti kelapa dalamnya.

Khamis, 27 November 2008

TALAM BERLAUK

Oleh kerana di landa angin rajin maka terhasillah talam berlauk ini yang menggunakan acuan yg baru KL beli di tesco tebrau.beli sampai 3 loyang acuan.semangat le sebab nak gi blajar buat cup cake nanti.ada rezeki nanti nak beli lagi.ni KL bagi resepinya yea..
TALAM BERLAUK
2 cwn tepung gandum
2 cwn santan
2 biji telur
1/2 sudu pewarna kuning
1 kiub pati ayam/ikan bilis
(semua bhn atas ni di gaul rata)
1/2 cwn daging cincang
1 biji bwg besar d potong dadu
1 sudu kecil rempah kari
(bhn di atas ni di masak dulu)
daun sup,daun bwg
bwg goreng dan cili merah

CARA BUAT
bahan tepung yang di satukan tadi di masukkan dlm acuan.taburkan dengan daging cincang tadi
dan juga bahan-bahan yang lain.bakar 20 minit dgn suhu 180.'c.Kak Long x guna garam sebab kiub pati ayam tu dah masin.

MINUM PETANG

Muffin Strawberry ni KL ikut dari resepi Zana.saje je nak buat.tapi Zana guna coffee paste cuma KL x de dlm simpanan.yang ada strawberry paste.kalau nak try ni ada resepinya.
MUFFIN STRAWBERRY
220 gm tpg naik sendiri
1/2 cwn minyak
3/4 cwn susu cair
3/4 cwn gula castor
1 biji telur
1 sudu strawberry paste
100 gm parutan strawberry kering
CARA BUAT
Campurkan semua bahan dan gaul rata.masukkan dlm cawan kertas dan bakar 15 minit dgn suhu 180'c.