Isnin, 15 Disember 2008

NASI GORENG DAGING MERAH

Lepas siapkan cc,KL terasa penat sangat..macamle byk sangat baking tadi.Maka terhasillah nasi goreng daging merah ni.Dalam penat tu sempat pulak menghias nasi tu.Kalau nak cuba menu ni KL ada tag kan resepi untuk di cuba.

BAHAN-BAHAN
NASI GORENG.

3 BIJI BAWANG PUTIH
CILI PADI (IKUT SUKA)
2 BTG CILI HIJAU
IKAN BILIS(IKUT SUKA)
(BAHAN INI DI KISAR HALUS)
1 BIJI TELUR
1 BIJI BAWANG DI HIRIS
GARAM DAN PERASA
MINYAK

CARA-CARANYA

PANASKAN MINYAK DAN TUMIS BAHAN KISAR HINGGA GARING,MASUKKAN TELUR,GARAM DAN PERASA.MASUKKAN SAYUR CAMPUR JIKA SUKA DAN BAWANG HIRIS.GORENG HINGGA NASI DAN TELUR KELIHATAN KERING SEDIKIT.

DAGING MASAK MERAH

BAHAN-BAHANNYA

1 CAWAN DAGING YANG DI REBUS MERAH
SEDIKIT HALIA,BAWANG BESAR,BAWANG PUTIH DI HIRIS
CILI MERAH DAN CILI HIJAU DI POTONG MEMANJANG
3 SUDU SOS CILI
3 SUDU SOS TOMATO
3 SUDU SOS TIRAM
GULA,GARAM SECUKUP RASA
MINYAK

CARA-CARANYA

PANASKAN MINYAK DAN TUMISKAN BAHAN YANG DI HIRIS.BILA DAH LAYU MASUKKAN KETIGA-TIGA SOS,GULA,GARAM DAN CILI.JIKA SUKA MANIS LEBIHKAN GULA.SELAMAT MENCUBA.

1 ulasan:

batrisyiadelights berkata...

sedapnye daging merah..nnt bole la belanja ct mkn ehh..buatlah massege box kt blog KL..senang tinggal pesan..