Isnin, 30 Mac 2009

NASI GORENG MALAYSIA


DALAM KESIBUKKAN KAK LONG PADA HARI INI,NASI GORENG MENU YANG JADI PILIHAN.ANAK2 DAN HUBBY TAK KISAH SEBAB MEREKA MEMAHAMI SITUASI KAK LONG YANG SENTIASA SIBUK.NASI GORENG MALAYSIA NI KAK LONG BELAJAR MASA KURSUS KAT MSUITE.KELAINANNYA IALAH IA TIDAK DIGORENG MACAM BIASA TAPI DIMASAK MACAM NASI BIASA.OK,KALAU NAK CUBA,LAYANNNZZ RESEPINYA.
BAHAN2NYA
2 CAWAN BERAS BASMATHI(CUCI DAN TOSKAN)
4 SUDU MINYAK MAZOLA
BAHAN2 KISAR
8-1O CILI MERAH
4 ULAS BAWANG PUTIH
3 ULAS BAWANG MERAH
SEDIKIT HALIA
REMPAH TUMIS
4 SUDU BESAR KICAP MANIS
2 SUDU BESAR SOS CILI
2 SUDU BESAR SOS TOMATO
1 KIUB PATI AYAM
SOTONG,UDANG,DAGING ,
SAYUR CAMPUR.
CARA2NYA
PANASKAN MINYAK DAN MASUKKAN REMPAH TUMIS DAN BAHAN2 KISAR HINGGA GARING SEDIKIT.MASUKKAN PULA SOS CILI,SOS TOMATO,KICAP MANIS.TUANGKAN BERAS DAN AIR SECUKUPNYA.DIIKUTI PULA KIUB PATI AYAM DAN BAHAN2 YANG LAIN.MASAK NASI SEPERTI BIASA.GAUL2KAN SUPAYA REMPAHNYA RATA.HIDANGKAN DENGAN AYAM GORENG ATAU TELUR GORENG.

3 ulasan:

Sayanghasni @ Yus berkata...

kalu tak digoreng..
camner dapat nama nasi goreng...
lain spesies nieeeee
heee...hee...

Cho Zila berkata...

>>salam kenal..
>>setuju ngan hasni kalau tak digoreng camner nak guna nama spesies gorengni ..
>> cam nasi ayam @ nasi minyak jer ni...tapi macam2 der nampak cam best gak ni tapi kenyang makannyer ni..

kaklong69 berkata...

to Yus and Zila
Kak Long belajar menu ni masa kursus.Chef tu kata yg goreng sebenarnya tu bahan kisarnya.cubalah,tak yah lauk.letak ayam,sosej,daging,isi ikan pun boleh.