Jumaat, 16 Januari 2009

KUIH PERIA



IDEA BUAT KUIH PERIA NI DATANG DARI DAPUR CIK MIN.SUSAH NAK CARI KUIH NI SEKARANG.CUMA ADA KAT SETENGAH TEMPAT JE.SEBENARNYA ADA WARNA MERAH DAN KUNING SELAIN DARI WARNA HIJAU.INTINYA PUN ADA YANG BERKACANG HIJAU,KACANG MERAH DAN KACANG TANAH SELAIN DARI INTI KELAPA.RESEPINYA ADA NI TAPI VERSI KAK LONG DA..NAK YANG ORI GI LE COPY KAT UMAH CIK MIN.

BAHAN2NYA
1/2 KILO KELEDEK DIREBUS(KUPAS KULIT YA)
1/2 CAWAN TEPUNG PULUT
SECUBIT GARAM
SEDIKIT AIR
PEWARNA

CARA2NYA
LENYEK KELEDEK YANG DIREBUS TADI HINGGA HANCUR DAN CAMPURKAN TEPUNG PULUT,GARAM,AIR DAN PEWARNA.ULI HINGGA DOH SENANG DIKEPAL.BULAT2KAN DAN ISI INTI KELAPA KE DALAMNYA.BENTUKKAN SEPERTI DAUN DAN ALASKAN DENGAN DAUN PISANG.KUKUS SELAMA 15 MINIT.

BAHAN2 INTI

1/2 BIJI KELAPA PARUT
50 GM GULA MERAH
20 GM GULA PASIR
SECUBIT GARAM
DAUN PANDAN
1/2 CAWAN AIR

MASAKKAN SEMUA BAHAN HINGGA MELEKIT DAN BILA SEJUK,KEPALKAN BULAT2 UNTUK DIJADIKAN INTI KUIH PERIA.

Tiada ulasan: