Selasa, 16 Jun 2009

KENANGAN LALU


KAK LONG NAK BERCERITA TENTANG KENANGAN LALU YANG MENJADI TAPAK PERMULAAN KAK LONG BERMINAT DALAM DUNIA MASAKAN.DAH LAMA BENAR NAK JOIN KELAS MASAKAN TAPI KERANA KESIBUKKAN DENGAN KELUARGA,AKTIVITI KEMASYARAKATAN DAN DUNIA POLITIK BEGITU PADAT SEKALI.
DAN TANGGAL 28 JULAI 2008,KAK LONG NEKAD MENDAFTARKAN DIRI KE KELAS MASAKAN INI,WALAUPUN PADA PETANG ITU(2 OGOS 2008) ADA MAJLIS KENDURI KAT RUMAH MAK MERTUA.
TEPAT JAM 9 PAGI DENGAN SEMANGATNYA KAK LONG KE TAMAN IMPIAN EMAS UNTUK KE RUMAH IDA.MASA TU HANYA KAK LONG DAN KAK MARIAM DARI PUTRI WANGSA YG ADA....YG LAIN TU ON THE WAY KATA IDA.
BILA DAH RAMAI YANG DATANG,MAKA TERTANYA2 DLM HATI SAPALAH CIKGU AKU NI....JENG..JENG...JENG RUPA2NYA PUAN PAUZIAH DARI CITRA KLASIK.WAHHHH!RASA BANGGA GITU..DAPAT BELAJAR DENGAN SIFU HANDAL NI.
YANG DATANG BUKANNYA CALANG2 ORANG..ADA YG DAH JADI USAHAWAN TAPI MASIH DATANG TUNTUT ILMU.ITULAH YG KAK LONG AMALKAN HINGGA KINI,WALAUPUN DAH BERNIAGA TETAP KENA CARI ILMU JUGA..JGN FIKIR BILA DAH PANDAI TU AKAN PANDAI SELAMA2NYA....KENA TAHU PERKEMBANGAN SEMASA DAN TREND YG TERKINI.
ANTARA USAHAWAN TU IALAH KAK NORLI AHMAD.DIA JUGA BEKAS PELAJAR KAK PAU(EH LUPA LAK DAH GI HAJI)HAJJAH PAUZIAH.DAH BERJAYA SEBAB RAJIN GI KELAS BILA ADA PELUANG.
KAK LONG BELAJAR BUAT KUIH TALAM DAN BISKUT RAYA.DAN ANTARA YG JADI HOT SALE TAHUN LEPAS IALAH BISKUT LIDAH KUCING....LAKU WOOO.SAMPAI TAK TERLAYAN PERMINTAAN PELANGGAN.SAMPAIKAN ADA NAK ORDER SIARAN ULANGAN LAGI.
SERONOK BILA DAH DPT ILMU NI...JADI SEMANGAT LAGI NAK PERGI KELAS YANG LAIN(KECUALI KELAS BERSENAM)
APA KABAR AGAKNYA KAWAN2 KAK LONG TU..LEBIH2 LAGI IDA YANG DAPAT KHABAR TAK BERAPA SIHAT.KAK LONG DOAKAN SEMOGA KALIAN SEMAKIN MAJU DALAM PERNIAGAAN MASING2 DAN KAK LONG RINDUKAN KAMU SEMUA.

4 ulasan:

sayanghasni @ yus berkata...

ohh dulu padat ngan aktiviti politik yer, bahagian mana tu???

gitu ler kak.
ilmu ni kan banyak..
makin kita belajar..
makin banyak yang kita tak tahu rupenyer..

Bb Hussain berkata...

bagus la kak long ada semanagt camni..kita salute kat kak long..

kaklong69 berkata...

to Yus- bahagian pasir gudang tu..dah lama.kira veteran ni..


to Bb- thanks ya Bb..klu dah salute tu kena bagi berapa calit ya..he.he

Sweet MuM berkata...

Kak Long, saya tertinggal kelas tu sebab jadual btukar...

atleast dpt juga belajar kek resipi dari Bandung...