Khamis, 16 April 2009

BATIK JAWA VERSI KAK LONG

SETELAH DIPOTONG..EMMM
RUPANYA KETIKA DALAM OVEN
SELEPAS BALIK JE DARI POLITEKNIK,KAK LONG DAH MULA GATAL TANGAN NAK BUAT KEK NI.SAYANG SANGAT NAK ROLL TAKUT CORAK TU TERCALAR....CHEWAH.MAKA DENGAN BANGGANYA KAK LONG CUMA MELAPISKAN KEK ITU SEDEMIKIAN RUPA.HARAP2 CIKGU HUMAIRAH TAK MARE LA SEBAB PANDAI2 KAK LONG REKACIPTA KEK SENDIRI.APA2PUN KLU NAK TRY BOLE LA BUAT APA2 RUPA KEK JANJI BOLEH NGAP..WALAUPUN ASALNYA DI ROLL...AMPUNNNN.
BAHAN2NYA
3 BIJI KUNING TELUR
2 BIJI TELUR
87 GM GULA PASIR
15 GM OVALLATE
50 GM TEPUNG GANDUM
1/2 SUDU BAKING POWDER
SEMUA BAHAN ATAS NI PUKUL SELAMA 5 MINIT JE.PAS TU MASUKKAN BAHAN2 LAIN SEPERTI;
12 GM AIR PAIP
25 GM MINYAK JAGUNG(MINYAK MASAK LAIN OK GAK,JGN DIESEL UDAH LA)
25 GM MENTEGA CAIR
GAUL SEBATI DAN KETEPIKAN SEDIKIT UNTUK DIWARNAKAN SEBAGAI CORAK ATAS KEK.TERPULANGLAH NAK WARNA APA.
TUANG SELEBIHNYA KE DALAM LOYANG DAN RATAKAN,BARU CORAKKAN KEK DENGAN PAIPKAN WARNA2 DIATASNYA.GUNAKAN LIDI SATE UNTUK JADIKAN CORAK SPIDER KE,BUNGA KE ATAU APA2 CORAK.
BAKAR 175' SELAMA 30 MINIT.
BILA SEJUK BARULAH SAPUKAN JEM DAN DIGULUNG ATAU BUAT JE MCM KAK LONG.

2 ulasan:

Aishah@Ariffin@Aqil berkata...

menarik gak idea nih....hehehe...

kaklong69 berkata...

nak cepat je nie....lagipun lembut sangat takut patah..he..he