Jumaat, 9 Januari 2009

MINUM PETANG

TIBA-TIBA TERASA NAK MAKAN PAU SEBAB DAH LAMA TAK BUAT...MASA BELI MINGGU LEPAS KAT PASAR MALAM,ALAMAK! BILA DAH SEJUK KULITNYA KERAS INTINYA JGN CAKAP SECIPUT JE.BUAT LE LAGI SENANG DAN MUAI.SEKILO TEPUNG BOLEH DAPAT 40 BIJI TAU.BANYAK TU..KL BUAT PAU NI SAMA MCM KAT MAURIPAN TU.3 BIJI KL LETAK INTI JEM ROSELLE SEBAB NAK CUBA KELAINAN.OK GAK..APA-APA SAJA LA.

BAHAN-BAHAN

1 KILO TEPUNG GANDUM

11 GM YIS MAURIPAN

150 GM GULA PASIR

1OO GM MINYAK JAGUNG/MASAK

460 GM AIR

SECUBIT GARAM

CARA-CARANYA

LARUTKAN GULA DLM AIR.SATUKAN TEPUNG DENGAN YIS DAN GAUL RATA.BARU MASUKKAN AIR + GULA,MINYAK,GARAM.ULI HINGGA LICIN DAN KENYAL.KALAU NAK ELAK TEPUNG DARI MELEKAT KAT TANGAN,SAPUKAN SEDIKIT MINYAK.BULAT-BULATKAN DOH TADI MENJADI BEBOLA SEBERAT 30 GM SETIAP SATU.BIARKAN SELAMA 10 MINIT BARU ISIKAN INTI.ALASKAN PAU TADI DGN KERTAS KALIS GRIS ATAU DAUN PISANG.BIARKAN DOH TADI SELAMA 30 MINIT BARU KUKUS DENGAN API YG KUAT SELAMA 10 MINIT.


Tiada ulasan: