Ahad, 11 Januari 2009

LOPES DE KAK LONG



BILA ADA ORDER JE KUIH NI,MESTI KENA BUAT LEBIH.BUKANNYA APA JIRAN2 KAK LONG BOLEH CIUM BAU...KALAU ORDER 100 KEPING MAKA JADIKAN LE 200 GITU.KAWAN LAMA KAK LONG NI SLALU ORDER KALAU BUAT APA2 MAJLIS.KAK SAM SUKA MAKAN SEBAB KAK LONG BUAT CARA TRADISI..IAITU MEREBUS.SLALUNYA KAT PASAR MALAM,YANG ADA LOPES SEGERA.BILA TUANG AIR GULA TERUS BERDERAI.KALAU DIREBUS RASANYA KENYAL SIKIT.KAK LONG BUAT TAK GUNA SUKATAN,MAIN TUANG JE.NAK TAU RESEPINYA JOM...
BAHAN2NYA
1 KILO BERAS PULUT(ANGGARAN 40 KEPING)
2 SUDU GARAM
2 SUDU AIR KAPUR
PEWARNA HIJAU
AIR SECUKUPNYA
DAUN PISANG(WAJIB TAU)DI POTONG PANJANG.
TALI ATAU GETAH
DAUN PANDAN
CARA2NYA
CUCI PULUT HINGGA BERSIH DAN RENDAMKAN BERSAMA GARAM,AIR KAPUR DAN PEWARNA.BIARKAN 4-5 JAM.BERSIHKAN DAUN PISANG DAN MASUKKAN PULUT DAN BENTUKKAN SEPRTI SEGITIGA.IKAT DGN TALI ATAU GETAH.REBUS DENGAN DAUN PANDAN SELAMA 3-4 JAM.BILA DAH MASAK,ANGKAT DAN TOSKAN LOPES DLM TAPISAN YANG BESAR.INGAT JGN GUNA TANGAN TAKUT CEPAT BASI.DAH SEJUK BETUL BARU BOLEH DIHIDANG DGN KELAPA PARUT DAN AIR GULA.(GULA MERAH +GULA PASIR+DAUN PANDAN+AIR YG DIMSK PEKAT)

Tiada ulasan: