SETELAH PENAT SEHARIAN DENGAN AKTIVITI MENGEMAS,HUBBY KAK LONG MINTA BUATKAN CAPATI UNTUK MAKAN MALAM.ANAK-ANAK KAK LONG TAK KISAH MENU APAPUN JANJI MAKAN.MENU NI MUDAH DISEDIAKAN DAN MENGENYANGKAN.MAKAN 2 KEPING JE DAH RASA KENYANG.KAK LONG MASAK KARI AYAM JE.SEBENARNYA CAPATI NI LAUKNYA KARI DAGING CINCANG DENGAN TOMATO,BAWANG,LADA YANG DIPOTONG DADU.JOMLAH CUBA,TRY,TEST.
BAHAN-BAHAN ROTI CAPATI
1/2 KILO TEPUNG ATTA
AIR SECUKUPNYA
GARAM.
SEMUA BAHAN DI ULI HINGGA LEMBUT DAN DI BULAT-BULATKAN.GILING DOH JADI BULAT DAN TIPIS.MASAK ATAS KUALI NON STICK DENGAN API YANG SEDERHANA.TEKAN TEPUNG DGN TUALA YANG BASAH DAN AKAN TERHASILLAH GELEMBUNG-GELEMBUNG ATAS PERMUKAAN CAPATI TERSEBUT.BALIKKAN DAN ULANGI CARA MENEKAP DGN TUALA BASAH TADI.TAK PERLU LAMA SANGAT MASAK CAPATI NI TAKUT JADI KERAS DAN LIAT.
BAHAN-BAHAN KARI
200 GM DAGING CINCANG(REBUS DAN TOS)
BAWANG BESAR DI PTG DADU
LADA MERAH&LADA HIJAU DI PTG BULAT
TOMATO DI PTG DADU
SEDIKIT HALIA
2 SUDU REMPAH KARI DAGING
SANTAN SECUKUPNYA(SUSU CAIRPUN OK)
DAUN KARI & MINYAK
CARA-CARANYA
PANASKAN MINYAK DAN TUMIS DAUN KARI,BWNG,LADA,DAGING,REMPAH,HALIA.
BILA DAH MASAK MASUKKAN SANTAN,TOMATO,GARAM,AIR ASAM DAN SEDIKIT GULA.MASAK PEKAT.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan