Tanggal 3Disember 2008,besday hubby Kak Long.Di sebabkan teruja dengan kek blueberry Siti.Kak Long buatkan kek utk hubby dengan cc sekali.Kiranya ni main hentam je buat.Walau tak sama dengan kek buatan Siti yang pro tu tapi puashati sebab buat sendiri.Pasal deko mendeko tu memang le tak pro lagi.Tapi hubby puji sebab berani buat.Senyum meleret je KL sepanjang hari.Tentang roti tu lak,KL saja je buat ikut Hana.Roti nasi namanya.Buat comel-comel je sebab 1/2 adunan je.KL masukkan inti kelapa dalamnya.Khamis, 4 Disember 2008
KEK UNTUK HUBBY
Tanggal 3Disember 2008,besday hubby Kak Long.Di sebabkan teruja dengan kek blueberry Siti.Kak Long buatkan kek utk hubby dengan cc sekali.Kiranya ni main hentam je buat.Walau tak sama dengan kek buatan Siti yang pro tu tapi puashati sebab buat sendiri.Pasal deko mendeko tu memang le tak pro lagi.Tapi hubby puji sebab berani buat.Senyum meleret je KL sepanjang hari.Tentang roti tu lak,KL saja je buat ikut Hana.Roti nasi namanya.Buat comel-comel je sebab 1/2 adunan je.KL masukkan inti kelapa dalamnya.Khamis, 27 November 2008
TALAM BERLAUK
TALAM BERLAUK
2 cwn tepung gandum
2 cwn santan
2 biji telur
1/2 sudu pewarna kuning
1 kiub pati ayam/ikan bilis
(semua bhn atas ni di gaul rata)
1/2 cwn daging cincang
1 biji bwg besar d potong dadu
1 sudu kecil rempah kari
(bhn di atas ni di masak dulu)
daun sup,daun bwg
bwg goreng dan cili merah
CARA BUAT
bahan tepung yang di satukan tadi di masukkan dlm acuan.taburkan dengan daging cincang tadi
dan juga bahan-bahan yang lain.bakar 20 minit dgn suhu 180.'c.Kak Long x guna garam sebab kiub pati ayam tu dah masin.
MINUM PETANG
MUFFIN STRAWBERRY
220 gm tpg naik sendiri
1/2 cwn minyak
3/4 cwn susu cair
3/4 cwn gula castor
1 biji telur
1 sudu strawberry paste
100 gm parutan strawberry kering
CARA BUAT
Campurkan semua bahan dan gaul rata.masukkan dlm cawan kertas dan bakar 15 minit dgn suhu 180'c.
Jumaat, 14 November 2008
Cup cake ni Kak Long buat untuk jamuan akhir tahun kelas Farah.Nekad buat tu.Resepi coklat moist dari Kak Siti.Menjadi juga akhirnya...walaupun tak seterror Ummi Eyna.Kak Long buat dalam 30 biji je.Punyalah happy si Farah sebab asyik tengok kat dalam blog dan minta maknya buatkan.Bila dah siap habis 3 biji di makannya .
Wajah-wajah ceria pelajar cemerlang yang menunggu untuk menerima anugerah cemerlang.Antaranya puteri Kak Long yang paling comel tu.Namanya Farah yang belajar dalam darjah empat.Bangga juga bila dapat undangan untuk majlis anugerah tu.Alhamdulillah,segala penat lelah di balas dengan kejayaan.Apa yang penting harus berusaha selalu.
Jumaat, 7 November 2008
Petang semalam cikgu Siti Zabeha order roti jala kat KL.Tak banyak,cuma untuk 40 orang.Ni dah berapa kali cikgu order.Tima kasih cikgu Siti.Kalau nak order lagi bagitau awal takut jadual padat.Roti jala ni makanan yang ringkas tapi mengenyangkan.Sebab tu ramai orang suka pilih menu ni untuk apa-apa majlispun sesuai.
Langgan:
Catatan (Atom)